Nampaknya Anda Tidak Boleh Menyekat Mark Zuckerberg Dan Isterinya Di Facebook

Mungkin terdapat banyak kelebihan untuk menjadi seperti Mark Zuckerberg, seorang yang kaya-raya dalam memiliki satu rangkaian sosial media terbesar di dunia. Cuba anda menyekat mereka di laman sosial mereka sendiri. Tidak boleh bukan?

Ya. Itulah berlaku apabila anda cuba menyekat profil mereka di Facebook. Inilah kelebihan yang Zuckerberg berikan kepadanya dan isterinya. Apabila anda cuba menyekat salah satu profil, anda akan mendapat notifikasi seperti berikut.





Mungkin anda bertanya, siapa yang akan berbuat demikian? Kami sendriri tidak tahu. Mark Zuckerberg boleh menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda dalam mengharungi dunia yang semakin pantas berubah.

Pasangan itu baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka, August dan Zuckerberg bersifat optimis kepada generasi baru dalam membantu dunia menjadi satu tempat yang lebih baik untuk didiami.

Sumber