Nama Panggilan Pelik Untuk Telefon Bimbit Nokia Di Malaysia Satu Ketika Dahulu

Sebelum kedatangan era telefon pintar, Nokia merupakan nama besar yang banyak mempengaruhi gaya hidup sebahagian rakyat di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Kapsyen: mg class="wp-image-161785 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/2ef603bc302e0fe5acaf33fa4a81fd1d.jpg" width="440" height="300" data-temp-aztec-id="65e69a00-c7cb-4d47-9277-8413fc6e4ed2">Jenama Nokia satu ketika dahulu


Tambahan lagi, Nokia begitu banyak mengeluarkan model pada awal tahun 2000 menjadikan ramai yang kurang ingat nombor modelnya.

Namun, apa yang mereka cepat ingat untuk membezakan setial dari model tersebut adalah rekaannya.

Untuk artikel ini, kami akan membawakan kepada anda antara nama-nama pelik yang dipanggil rakyat Malaysia untuk model Nokia yang telah dilancarkan.

1. Nokia 7600


Dilancarkan pada September 2003, pengenalannya dalam dunia telefon bimbit menarik perhatian ramai penggemar kerana rekaan radikal yang berbentuk air mata atau daun.

Kapsyen: mg class="wp-image-161773 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/2.-Nokia-7600-Esato-1200x900-1.jpg" width="1200" height="900">Nokia 7600


Ia ditujukan kepada pasaran "fesyen" dengan rekaan unik. Telefon ini mempunyai papan kekunci pada bahagian kiri dan kanan skrin 2 incinya. Antara lain adalah ia menyokong nada dering polifonik serta mempunyai pemain MP3 terbina.

Sambutan telefon Nokia 7600 ini mendapat beberapa kritikan. Yang pertamanya adalah ia sukar untuk dikendalikan kerana memerlukan kedua-dua tangan untuk menggunakannya terutamanya menaip mesej.

Spesifikasinya juga pada ketika itu agak rendah berbanding telefon pesaing menjadikannya kurang menjadi pilihan.

Namun, rekaannya dianggap berani dan merupakan percubaan Nokia yang sangat baik. Di Malaysia, telefon ini dipanggil dengan nama "Daun".

2. Nokia 7610


Antara telefon popular yang digunakan muda-mudi di Malaysia, Nokia 7610 merupakan telefon yang dipanggil "daun" juga. Namun, tidak disangkal ia merupakan "daun" yang lebih popular berbanding daun Nokia 7600.

Kapsyen: mg class="wp-image-161774 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/31e80b294e1d165ecfb4a10d7ca58aa6.jpeg" width="800" height="800">Nokia 7610


Diperkenalkan pada tahun Mac 2004, sekali lagi Nokia menyasarkan 7610 sebagai telefon bimbit fesyen. Ia merupakan pengganti kepada 7600 dan membawakan rekaan lebih masuk akal untuk penggunaan satu tangan.

Tambah lagi, rekaannya dianggap lebih professional dan lebih kacak dalam pada masa yang sama mengekalkan rekaan ikonik "daun"nya.

Telefon ini juga mempunyai saudara kembar yang mempunyai spesifikasi sama iaitu Nokia 6670. Namun telefon tersebut mempunyai rekaan yang lebih ringkas dengan perisian lebih ditujukan untuk golongan bisnes.

Kapsyen: mg class="wp-image-161787 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/unnamed.jpg" width="434" height="434">Nokia 6670


Sebagai maklumat menarik, Nokia 7610 ini merupakan telefon pertama Nokia dengan resolusi kamera mencecah 1MP.

3. Nokia 7620


Diperkenalkan juga pada tahun yang sama, Nokia 7620 merupakan model selanjutnya berbanding Nokia 7610.

Kapsyen: mg class="wp-image-161775 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/nokia_7260.png" width="440" height="310">Nokia 7620


Ia membawakan rekaan lebih kecil dan disebabkan keseluruhan bentuknya masih sama seperti Nokia 7610, ia digelar oleh "baby daun" oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Antara telefon bimbit Nokia paling ringan, ia hanya seberat 77g sahaja menjadikannya mudah untuk dibawa ke mana-mana.

4. Nokia 6600


Nokia 6600 diperkenalkan pada Jun 2003 dan merupakan model paling premium dalam siri 6000. Ia merupakan telefon kelas bisnes dan merupakan telefon tercanggih pernah Nokia keluarkan pada ketika itu.

Kapsyen: mg class="wp-image-161776 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/5020bb23ccd98bbd2e2f88de5f92df68.jpeg" width="1024" height="1024">Nokia 6600


Telefon ini direka gempal membujur seakan-akan seketul sabun dan dari situlah ia mendapat nama panggilannya. Ciri yang paling diingati adalah punat tombol untuk navigasi antara muka dan juga rekaan kamera belakang bulat yang menyerlah.

Telefon ini mempunyai 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih, namun hanya model putih yang lebih banyak dilihat digunakan.

Pada tahun 2007, Nokia menamatkan pengeluaran telefon bimbit ini. Sepanjang hayat jualannya, ia berjaya dijual sebanyak 150 juta menjadikan telefon ini antara yang terlaris dijual dalam industri telefon.

5. Nokia 3650


Di Malaysia, telefon Nokia 3650 dipanggil Nokia sembilu. Walaupun nama panggilannya tidak mendefinisikan rupanya, ia merupakan model yang agak popular digunakan di sini.

Kapsyen: mg class="wp-image-161777 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/nokia-3650-3660.jpg" width="1252" height="1029">Nokia 3650


Diperkenalkan pada September 2002, ia mempunyai rekaan unik dengan pad kekunci berbentuk bulat retro. Ia disasarkan sebagai model untuk golongan muda dan bukannya bisnes.

Telefon ini menjadi popular di Malaysia adalah disebabkan ia digunakan oleh pelakon Hetty Sarlene dalam drama Sembilu yang trending sekitar tahun 2005.

Dengan rekaan pad kekunci berbentuk bulat sebegini, ada yang mengalami masalah untuk menyesuaikan diri untuk menaip. Namun, ia tidak lama dan beberapa ketika pengguna sudah mula membiasakan diri.

Selain "sembilu", ada juga yang menggelarkan telefon ini sebagai Nokia lesung batu disebabkan rekaan yang membulat dan tirusnya.

6. Nokia 8110


Nokia 8110 merupakan model yang agak lama dalam senarai ini. Ia diperkenalkan pada tahun 1996 dan merupakan model pertama dalam siri 8000 iaitu siri telefon premium Nokia.

Kapsyen: mg class="wp-image-161778 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/s-l600.jpg" width="499" height="447">Nokia 8110


Ia mendapat jolokan Nokia pisang adalah disebabkan rekaan pelindung pad kekunci menggelongsor yang melengkung. Pada hujung bahagian bawah telefon juga mempunyai mikrofon, jadi pengguna perlu menggelongsorkan pelindung sehingga mendekati mulut.

Telefon bimbit ini direka untuk kelas bisnes dan merupakan telefon pertama Nokia dengan LCD grafik monokrom (satu warna).

Tahun 2018 menyaksikan kebangkitan semula telefon ini yang diberi nama Nokia 8110 4G. Rekaannya secara keseluruhan adalah sama namun ia diwarnakan kuning yang menyerlahkan lagi kepisangan telefon.

Kapsyen: mg class="wp-image-161779 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/9fe392ca0640849890f319e68b1d1d90.jpeg" width="640" height="640">Nokia 8110 4G


Namun, Nokia 8110 4G bukanlah sebuah telefon pintar sebaliknya telefon asas yang menjalankan sistem operasi KaiOS.

7. Nokia 8250


Sekali pandang sahaja sudah tahu bagaimana telefon ini mendapat namanya. Jika tidak jelas, ia adalah disebabkan ia mempunyai rekaan pad kekunci berbentuk rama-rama atau butterfly.

Kapsyen: mg class="wp-image-161780 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/e098fe4aa0f70362c816e30327065c80.jpeg" width="600" height="600">Nokia 8250


Selain itu, ia juga menariknya mempunyai skrin LED bercahaya biru. Pada waktu malam, cahaya ini agak mengacau mata namun skrin biru ini cukup terang dan mampu berfungsi sebagai lampu suluh ketika barang hilang.

Telefon ini diperkenalkan pada tahun 2000 dan ditujukan untuk golongan fesyen dengan pelindung belakang Xpress-on Cover yang boleh ditukar-tukar.

8. Nokia 7280


Nokia 7280, antara telefon paling pelik dari segi rekaan dan penggunaan. Ini adalah kerana ia hadir tanpa pad kekunci. Jika mahu membuat navigasi, ia adalah berpandukan putaran seumpama iPod terdahulu.

Kapsyen: mg class="size-full wp-image-161781" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/ee3a92e130b0522bd1be07b31b30a442.jpeg" width="1024" height="1024">Nokia 7280


Diperkenalkan pada tahun 2004, ia membawakan rekaan panjang menyerupai sebuah gincu atau lipstick (dari situlah ia mendapat namanya).

Rekaannya retro, ringan dan juga kecil, namun ia mempunyai pengendalian antara muka yang menyusahkan dengan ketiadaan pad kekunci.

Jika mahu menaip teks dalam jangka masa panjang, ia akan menyukarkan dan melecehkan pengguna.

Namun, rekaan radikalnya mendapat sambutan dan ramai menggunakannya sebagai aksesori fesyen yang mempunyai tanda harga tinggi.

9. Nokia 3310


Merupakan model paling klasik, paling popular, paling digemari, dan juga model Nokia yang sering dijadikan bahan jenaka disebabkan 'kekebalannya'.

Mendapat jolokan "Nokia tiga-tiga sekupang", 'tiga-tiga sekup' serta Nokia baling anjing, ia merupakan telefon berstatus legenda malahan untuk pengguna di Malaysia.

Kapsyen: mg class="size-full wp-image-161782" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/download-2.jpeg" width="1200" height="800">Nokia 3310


Dilancarkan pada tahun 2000, telefon bimbit ini popular dengan permainan Space Impact, Snake 2, Bantumi, dan juga Pairs 2.

Nokia 3310 juga merupakan antara telefon bimbit paling terlaris dijual di dunia.

Disebabkan itu, versi yang lebih moden dihasilkan oleh HMD Global melalui model Nokia 3310 4G pada tahun 2017.

Kapsyen: mg class="wp-image-161783 size-full" src="https://wiser.my/wp-content/uploads/2020/08/nokia-3310-500x500-1.png" width="500" height="500">Nokia 3310 4G


Ia membawakan rekaan hampir sama namun apa yang penting, ia masih mengekalkan lagi permainan Snake 2.

Rumusan


Mungkin ada lebih banyak lagi model yang tidak disertakan dalam artikel. Namun, apa yang pasti model Nokia yang dilancarkan ini secara tidak langsung mengingatkan kembali nostalgia lama pengguna telefon bimbit yang sudah dewasa sekarang ini.

Adakah anda setuju dengan senarai ini? Kongsikannya di ruangan komen.