Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy s23 (5)

Nama Kod Siri Galaxy S24 Didedahkan, Mungkin Kekalkan Barisan Model Yang Sama

Diterbitkan Jun 26, 2023 oleh Firdaus

Samsung dilaporkan menggunakan nama kod ‘Muse’ yang mewakili siri Galaxy S24 pada awal tahun depan. Seperti siri S23, siri Galaxy S24 juga dikatakan hadir dengan 3 model – S24 (Muse1), S24+ (Muse2) dan S24 Ultra (Muse3).

Samsung Galaxy S23

Untuk pengetahuan anda, siri S20 dinamakan ‘Hubble’, ‘Unbound’ pula adalah nama kod untuk siri S21, siri S22 mempunyai nama kod ‘Rainbow’ dan siri S23 ketika ini dinamakan ‘Diamond’.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan model S24+ tidak diteruskan pada tahun 2024. Namun, berita terbaru ini menunjukkan perkara sebaliknya.

Setakat ini tidak banyak yang kita tahu berkenaan spesifikasi siri Galaxy S24 tetapi model ultra didakwa akan hadir dengan sensor kamera telefoto dengan 5x zum optikal.

Berkaitan

  • Langgan Pelan 'Telco' Dan Dapat vivo Y36 5G Percuma
  • Anda Boleh Disaman Jika Memandu Dengan Telefon Di Paha, Main Telefon Semasa Lampu Merah
  • Spesifikasi OnePlus 12 Tertiris, Mungkin Bawa Sensor Kamera Baru
  • Machines Sedang Tawar Diskaun Untuk Pelbagai Produk Apple, Berakhir Pada 2 Julai 2023
  • Carl Pei Kongsi Tangkap Layar Yang Dipercayai Daripada Nothing Phone (2)

Walaupun begitu, saya menjangkakan lebih banyak maklumat tentang rekaan dan spesifikasi siri 24 akan didedahkan pada awal tahun depan.

Sumber: Sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY