Nama Kod Bagi Telefon Pixel 2 Didedahkan Dalam Dokumen Rasmi

Pixel yang telah mengesahkan kehadiran generasi ke-2 Pixel ke pasaran pada tahun ini kini muncul lagi dengan perkhabaran  baru.

Menurut satu sumber diperolehi oleh laman Android Police, nama kod bagi telefon generasi ke-2 Pixel telah disenaraikan dalam satu dokumen rasmi.

Nampaknya "nama ikan" masih digunakan dalam nama kod peranti terbaru Pixel itu.

  • Walleye

  • Muskie (belum disenaraikan secara rasmi)


Dua nama ikan diatas dipercayai nama kod yang diberikan kepada model Pixel yang masing-masing mungkin hadir dengan saiz yang berbeza. (Muskie mungkin bersaiz lebih besar)

Sebelum ini, Google telah memberi nama kod

  • Sailfish (Pixel)

  • Marlin (Pixel XL)


dan dengan perkembangan terbaru ini melihatkan syarikat itu memang gemar memberi nama kod peranti yang sedang dibangunkan dengan nama ikan.

Apa-apa pun masih banyak lagi perkara yang menjadi tanda tanya untuk pixel edisi terbaru ini. Sama-sama kita nantikan di Wiser.my

Sumber: Android Police