Nak Tonton Filem Pada Skrin Besar Tapi Tak Mahu Beli TV? 5 Projektor Ini Alternatif Terbaik Untuk Anda

Tidak semua orang mampu membelanjakan ribuan ringgit untuk memiliki set TV puluhan inci bagi memenuhi keperluan hiburan di rumah. Sebahagian daripada kita tak kisah untuk tonton filem atau drama dari telefon atau tablet dengan saiz kecil, tetapi sebahagian yang lagi mendambakan kandungan dipancarkan besar di dinding.

Nak keluar rumah dan pergi ke pawagam mungkin tak seronok seperti sebelum ini memandangkan Covid-19 masih lagi berlegar-legar diluar sana. Alternatif lain yang boleh anda cari untuk tonton filem pada layar besar adalah dengan menggunakan projektor.  Selain memaparkan kandungan dengan skala yang besar, ia juga mudah alih. Membenarkan anda mengubah tempat contoh dari ruang tamu ke bilik tidur. Berikut kami senaraikan beberapa model projektor mini yang sesuai untuk anda.

1. UC28C Projektor Mini 



Projektor mini ini sesuai digunakan oleh anda jika mahu rasa vibes panggung wayang. Anda boleh menghubungkan filem/drama yang anda mahu hanya menggunakan telefon pintar anda. Saiznya yang kecil dan ringan mampu untuk anda bawa ke mana sahaja anda suka. Kalau anda hendak guna  projektor mini ini di luar pun boleh kerana ia boleh dihidupkan dengan hanya menggunakan powerbank.

Beli di Shopee

Beli di Lazada

2. Mini Projector Home Theatre Projector BLJ111



Kemudian, kita lihat pula Mini Projector Home Theatre Projector BLJ111 dari China ini yang mempunyai pelbagai warna pilihan untuk anda. Ia juga boleh dibawa ke mana sahaja memandangkan saiznya yang kecil. Ramai yang berpuas hati dengan projektor  mini ini setelah digunakan dan harganya hanya RM123 sahaja di Shopee.

Beli di Shopee

3. 6000 lumens G86 Projector FULL HD



Projektor mini ini boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh dengan skrin projektor FULL HD mampu membuat anda seperti berada dalam panggung wayang. Selain itu, produk ini mempunyai waranti sehingga 5 tahun dan sekiranya berlaku kerosakan pada mini projektor tersebut, anda boleh menukarnya. Di samping itu, saiz LCD sebesar 4 inchi dengan menghubungkannya dengan wifi untuk melayari internet.

Beli di Shopee

4. L1 Mini Projektor



L1 Mini Projektor ini boleh menayangkan skrin sebesar 80 inchi dengan sumber cahaya LED. Ia menggunakan alat kawalan untuk mengawal projektor dari jauh. Walaupun bersaiz kecil, namun ia mempunyai fungsi yang sangat sempurna bersesuaian dengan harga.

Beli di Shopee

5. DIYTECH Portable Mini Projector YG300 Pro Full HD



Projektor mini ini pula anda boleh beli dengan harga RM116.60 sahaja di shopee dengan tripod sebagai barangan percuma yang diberikan khas untuk setiap pembelian. Selain itu, mini projektor ini juga sesuai digunakan untuk Sony PS4 dan Xbox.

Beli di Shopee

Beli di Lazada

https://www.youtube.com/watch?v=By-YTocqocU

Baca juga :

Berkaitan