Nak Rasa Rumah Sejuk Macam Ada Penyejuk Udara? Bolehlah Cuba Cat Istimewa Ini


Kini boleh dikatakan sebahagian besar rumah-rumah di Malaysia dipasang dengan alat penyejuk udara. Harganya yang mampu dimiliki menyebabkan pemilik-pemilik murah, khususnya di bandar-bandar memilih alat penyejuk udara dipasang untuk menyejukkan rumah mereka.

Namun begitu pengguna akan berasa sedikit terbeban dengan kos penggunaan kuasa elektrik yang sedikit tinggi apabila alat penyejuk udara dipasang dalam tempoh yang lama.

Tetapi bagaimana jika cat rumah anda mampu menyejukkan rumah sepertimana alat penyejuk udara?

Itulah yang didakwa oleh sekumpulan jurutera dari Universiti Purdue yang mendakwa telah berjaya menghasilkan cat berwarna putih yang mampu menyejukkan permukaan sehingga 18 darjah Fahrenheit lebih sejuk dari suhu persekitaran.

Menurut jurutera yang bertanggungjawab membangunkan cat itu, cat yang dibangunkan mereka itu mungkin mampu menggantikan alat penyejuk udara.

Ini kerana cat tersebut tidak akan menyerap haba sebaliknya menghalang cahaya panas matahari dari diserap dinding bangunan.

We’re not moving heat from the surface to the atmosphere. We’re just dumping it all out into the universe, which is an infinite heat sink,” Xiangyu Li penyelidik dari Massachusetts Institute of Technology (MIT ) yang terlibat dalam projek pembangunan cat tersebut.

Dari 100 bahan untuk menghasilkan cat tersebut, penyelidik mengecilkan skop bahan yang berkesan kepada 10 bahan dan mencuba sekitar 50 formula berbeza untuk setiap bahan-bahan tersebut.

Tidak terhad hanya pada warna putih, penyelidik juga kini turut sedang menghasilkan cat berwarna lain yang dapat memberikan kesan sama sepertimana cat putih mereka yang berjaya menyekat haba.

Penghasilan cat ini pada masa hadapan dijangka akan menjadi alternatif kepada alat penyejuk udara. Sekaligus dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik dalam setiap isi rumah.