Nak Rasa OPPO R17 Pro Lebih Awal? Jom Ikut Cara Ini

Minggu lalu OPPO Malaysia telah memberi bayangan kedatangan peranti baru untuk pasaran dalam negara. Terbaru, syarikat pengeluar itu sudah mengesahkan OPPO R17 bakal menemui peminat tempatan.



Berkongsi berita gembira ini, OPPO Malaysia turut menawarkan peluang kepada 13 peminat bertuah untuk merasai peranti itu lebih awal dari yang lain melalui acara OPPO Night Explorer.

Untuk menjadi salah seorang peserta, anda perlu mengisi beberapa maklumat dan memuat naik 3 rakaman foto pemandangan waktu malam.

Pemenang akan diumumkan pada 16 November 2018 dan yang terpilih akan dipinjamkan dengan OPPO R17 Pro untuk menikmati pengalaman fotografi waktu malam di sekitar Kuala Lumpur.



OPPO R17 Pro mempertaruhkan keupayaan rakaman waktu malam dengan kualiti yang lebih baik. Ia dibangunkan dengan rekaan yang lebih seksi yakni 3 tonawarna dan yang pertama dipasaran yang menggunakan teknologi Glass 3D Fog.

Berminat untuk sertai OPPO Night Explorer? Boleh cuba disini OPPO Night Explorer Recruitment.