Nak Menang Vivo S1 Pro? Ambil Gambar Kreatif Dalam Peraduan Love Beyond Limits

Bersempena Hari Valentine yang akan datang,  vivo mengumumkan bahawa pihak mereka mengadakan satu peraduan fotografi ''Love Beyond Limits''. Peraduan ini membuka peluang kepada peserta bagi mempamerkan kreativiti dan kemahiran fotografi mereka. Peraduan ini bermula 7 sehingga 16 Februari 2020.

Bagi pemenang bertuah mereka berpeluang untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik seperti berikut :

  • Hadiah Tempat Pertama : Vivo S1 Pro (1)

  • Hadiah Tempat Kedua : Wang tunai bernilai RM 520

  • Hadiah Tempat Ketiga : Wang tunai bernilai RM 200

  • Hadiah saguhati : Bunga LED (5)


Peserta yang ingin mengambil bahagian boleh mengikuti langkah-langkah ini :

  1. Tangkap gambar berpasangan yang paling kreatif dan momen yang paling manis menggunakan mana-mana telefon pintar vivo.

  2. Muat naik gambar tersebut di bahagian komen Facebook beserta #vivoMalaysia #vivoLovebeyondlimits

  3. Kongsi dan 'public' kan kiriman tersebut.


Selain itu, pelanggan juga akan menerima sejambak bunga Baby-Breath secara percuma jika membeli vivo V17, Vivo S1 Pro atau vivo Nex 3 di mana-mana kedai vivo bermula 13 sehingga 16 Februari 2020.

Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan Love Beyond Limits, anda boleh layari laman rasmi Facebook vivo Malaysia.