Nak Bateri Gajet Tahan Lama? Amalkan 6 Tips Ini

Situasi kehabisan bateri telefon pintar atau tablet ini sudah menjadi satu kebiasaan, namun ia tetap akan menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Setiap individu pasti mula risau jika melihat gajet mereka sudah mengeluarkan tanda-tanda ia harus dicas.



Kalau masalah kehabisan bateri ini sering berlaku, apa yang patut anda buat sekarang adalah kenal pasti punca kenapa ia kerap terjadi dan mari ikuti 5 tips ini untuk pastikan bateri gajet anda bertahan lebih lama.

  • Mengecas bateri dengan betul


Perkara yang paling penting bagi anda untuk mendapatkan bateri yang mampu bertahan lama adalah dengan mengecas bateri tersebut dengan betul. Hayat bateri yang ideal adalah di antara 50 hingga ke 90%.

Namun, menurut Battery University, bateri lithium-ion dalam telefon pintar anda akan bertahan lebih lama jika anda memantaunya sekitar 65 kepada 75% pada setiap masa pengecasan.

Mengecas bateri telefon anda kepada 100% dari 25% misalnya dapat mengurangkan kapasiti dan memendekkan jangka hayatnya. Jadi, lebih baik untuk tidak mengecas sepenuhnya kerana voltan tinggi secara tidak langsung mampu memberi tekanan kepada bateri tersebut.

Adakah bateri anda akan mengalami masalah apabila mengecasnya semalaman? Apa yang pasti adalah jika anda mahu mengelakkan pemanasan pada peranti, anda tidak sepatutnya membiarkan proses pengecasan itu berlangsung dalam tempoh masa yang panjang.

Walau bagaimanapun, kebanyakan telefon pintar moden sudah cukup pintar untuk menghentikan pengecasan apabila ia penuh, jadi tidak ada risiko besar untuk meninggalkan telefon anda mengecas semalaman.



Pastikan juga anda mengecas dengan menggunakan bekalan kuasa atau arus yang bersesuaian kerana mengecas bateri dari komputer riba yang sedang digunakan tidak akan memberi kesan pengecasan yang berkualiti dan sempurna.

Namun begitu, terdapat dua pandangan terhadap perkara ini. Pertama ia tidak menjejaskan kesihatan bateri kerana perbezaan pengecasan adalah hanya pada kelajuan ia mengecas.

Kedua, ia mungkin menjejaskan kesihatan bateri gajet. Ini disebabkan oleh voltan pada bicu USB komputer lebih rendah daripada voltan pengecas. Tambahan lagi, penggunaan kuasa komputer tidak stabil menjurus kepada arus serta voltan yang juga tidak stabil. Ia boleh merosakkan ion elektrik pada gajet dan seterusnya memendekkan jangka hayat bateri. Daya elektrik yang digunakan untuk menonton filem di komputer adalah berbeza dari ketika ia standby.

Terdapat juga pendapat pengecasan gajet melalui komputer dalam jangka masa yang panjang boleh memberi impak kepada bateri lithium. Telefon pintar masa kini yang dilengkapi dengan bateri lithium ada keperluan tertentu melibatkan voltan pengecasan. Voltan tinggi dan arus tinggi boleh mengekalkan bateri lithium aktif sepenuhnya, manakala port USB pada komputer menyediakan arus 5V/0.5A. Jadi lebih baik gunakan pengecas telefon pintar itu sendiri.

  • Buang aplikasi yang jarang atau tidak digunakan


Jika anda sedar tentang kehadiran pelbagai aplikasi di dalam telefon pintar dan tablet yang tidak digunakan, klik padanya dan mula buang.



Pasti anda tertanya-tanya, apa kaitan melakukan langkah ini dengan penjimatan bateri? Sebenarnya dengan melakukan ini, anda dapat menjimatkan penggunaan memori di dalam gajet dan secara tidak langsung dapat menyumbangkan kepada penjimatan bateri.

Pastikan anda tidak memiliki aplikasi yang dihadirkan dengan iklan kerana ia boleh memakan bateri yang banyak. Namun, jika ada aplikasi yang sudah menjadi kegemaran anda tetapi menggunakan banyak kuasa bateri, anda boleh menaik tarafnya ke versi bebas iklan untuk mengatasi masalah ini.

  • Pendekkan tempoh masa skrin bertukar gelap dan rendahkan kecerahan skrin


Untuk membantu anda menjimatkan lebih banyak bateri, anda boleh pendekkan tempoh masa skrin dan melaraskan kecerahan skrin dibahagian tetapan gajet anda.

Bagusnya ada tempoh masa ini secara tidak langsung akan membantu anda mengawal betapa cepatnya skrin peranti digelapkan apabila anda tidak menggunakannya.



Semasa anda melaraskan kecerahan skrin pula, pastikan anda melakukannya dalam suasana atau tempat yang anda paling kerap gunakan telefon pintar dan tablet. Anda harus menyesuaikan paparan berdasarkan pencahayaan bagi memastikan skrin tidak lebih terang daripada yang diperlukan.

  • Tutup talian perkhidmatan Internet jika tidak menggunakannya


Jika anda tidak menggunakan khidmat Internet pada masa-masa tertentu, anda sebenarnya digalakkan untuk menutup ia sepanjang tempoh itu, tidak kira sama ada anda menggunakan data sendiri mahupun Wi-Fi.



Sekiranya anda berbuat demikian, anda bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan bateri daripada menerima apa-apa notifikasi, malah anda juga dapat menjimatkan penggunaan kuota Internet yang sedang anda langgani untuk perkara yang lebih penting.

  • Tutup vibration


Kebanyakkan pengguna sering mengaktifkan setting vibration di gajet mereka, namun apa yang mereka tidak tahu adalah ia menggunakan fungsi transducer yang membawa maksud kepada peranti yang menukar variasi dalam kuantiti fizikal, seperti tekanan atau kecerahan, yang memakan kuasa eletrik yang banyak.



Jika telefon anda berdering, anda sebenarnya tidak perlulah untuk menggunakan mod getaran itu. Sila tutup fungsi ini jika anda tidak mahu telefon pintar dan tablet anda sering bergetar setiap kali menerima masuk panggilan atau mesej.

  • Gunakan pengecas yang asli


Satu perkara yang sering diabaikan adalah penggunaan pengecas berkualiti rendah daripada pengeluar pihak ketiga, terutamanya dengan teknologi pengecasan tanpa wayar dan pantas yang ada kini, ia lebih rumit untuk membuat pengecaman untuk memastikan sama ada kabel itu berfungsi dengan bateri yang sesuai atau tidak.

Kebanyakkan peranti pada hari ini boleh mengambil kesempatan ke atas teknologi 'fast charging' yang menaikkan bateri dua kali ganda lebih cepat berbanding yang biasa.



Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakan kabel dan kepala cas dari pengilang asal atau pihak ketiga yang disahkan, ia boleh menyumbang kepada beberapa kes dalam merendahkan jangka hayat bateri.

Ada beberapa aktiviti sedang berlaku di dalam gajet anda, menggunakan tenaga yang banyak tanpa disedari dan menyebabkan punca ia beroperasi secara berlebihan tanpa keperluan yang begitu banyak sehingga menghabiskan tenaganya.

Dengan beberapa tips yang telah diberikan di atas, bateri telefon dan tablet anda tidaklah dibazirkan kepada perkara-perkara yang tidak penting.

 

Sumber: Insider, Techlicious