Naib Presiden Xiaomi Hugo Barra Letak Jawatan

Hugo Barra, Naib Presiden Xiaomi Global harini ini mengumumkan perletakkan jawatannya selepas tiga tahun berkhidmat untuk Xiaomi. Hugo Barra yang sebelum ini berkerja bersama Google sebagai naib Presiden Pengurusan Produk bahagian Android menyertai Xiaomi sebuah syarikat yang digelar sebagai 'Apple of China' pada bulan Ogos 2013 dan akan meninggalkan Xiaomi secara rasmi pada Februari ini.

Hugo Barra juga menjadi muka depan syarikat Xiaomi secara global. Ramai pihak khuatir kehilangan Hugo Barra sedikit sebanyak memberi impak yang besar terhadap Xiaomi, Walaupun ketika ini Xiaomi dilihat kukuh di dalam sektor pembuatan gajet, ianya agak menarik untuk melihat bagaimana Xiaomi akan bergerak kehadapan tanpa Hugo Barra yang dikhabarkan berpindah ke Sillicon Valley untuk "cabaran" baru dan atas alasan mahu hidup berdekatan dengan keluarga beliau di Brazil.

Untitled

Merujuk kirimannya di Facebook, Hugo Barra memberitahu pengalaman berkerja bersama Xiaomi adalah pengalaman paling bermakna di dalam hidupnya. Beliau juga turut menegaskan Xiaomi berada di dalam keadaan yang cemerlang ketika ini dan beliau merasakan inilah masa yang terbaik untuk meninggalkan Xiaomi dengan hati yang tenang.

Beliau juga turut menambah sejak penglibatannya bersama Xiaomi, syarikat tersebut telah meluaskan pasaran secara global dan menjadi pesaing utama setiap gajet di pasaran. Penglibatannya juga memperlihatkan peningkatan populariti terutamanya sambutan yang mendadak di Malaysia, Singapura, Indonesia dan India sejak Xiaomi melancarkan telefon pintar kelas pertengahan pada tahun 2015 yang lalu. Dan baru-baru ini mereka turut melebarkan sayap mereka sehingga ke 20 pasaran baru termasuklah Russia, Mexico, dan Poland.

Sumber: The Verge