N3TWORK Melancarkan Aplikasi Permainan Tetris Baru

Sebelum ini EA telah mengumumkan bakal menghentikan sepenuhnya permainan Tetris 2011, Tetris Premium dan Tetris Blitz selepas 21 April 2020. Kini, pembangun baru Tetris, N3TWORK mengeluarkan versi rasmi yang berlesen dari permainan puzzle yang popular untuk Android dan iOS. Ia sudah boleh dimuat turun bermula hari ini secara percuma.



Aplikasi permainan baru ini adalah berlainan dengan aplikasi 100-pemain Tetris Royale yang juga sedang dibangunkan oleh N3TWORK. Ia adalah permainan Tetris yang sangat asas. Menurut CEO syarikat tersebut, Tetris yang baru dilancarkan mempunyai mod permainan solo tradisional.

Selain itu, tidak seperti Tetris yang dibangunkan oleh EA, terdapat mod solo (untuk Tetris klasik) dan beberapa kulit alternatif pada Tetris baru ini. Aplikasi ini juga mempunyai iklan dan anda boleh mengeluarkan iklan tersebut dengan membuat pembelian $4.99.

Sejarah Tetris pada telefon pintar, terutamanya iPhone, sebahagian besarnya mencerminkan tren permainan mudah alih secara umum. EA pertama kali melancarkan Tetris untuk iOS pada tahun 2008 dengan harga $ 9.99 dan tidak mempunyai iklan atau pembelian dalam aplikasi.

Pada tahun 2011, EA menarik balik aplikasi asal dari App Store dan menggantikannya dengan versi baru dan masih berbayar. Ia telah mengubah aplikasi dengan ciri-ciri dan mod permainan baru, tetapi penuh dengan pembelian dalam aplikasi. Versi percuma aplikasi tersebut telah diperkenalkan pada tahun itu juga, dengan penambahan iklan.

Namun, dengan pengumuman EA menghentikan permainan tersebut dan pelancaran Tetris oleh N3TWORK, ia adalah era baru untuk siri Tetris pada peranti mudah alih.

Sumber: The Verge