Myunifi - Satu Aplikasi Untuk Urus Semua Perkhidmatan unifi

Sebagai pemudah cara untuk urusan yang melihatkan apa jua perkhidmatan unifi, Telekom Malaysia kini menghadirkan sebuah aplikasi dikenali sebagai Myunifi.

Terdahulu, TM mempunyai deretan aplikasi yang setiap satunya berbeza mengikut perkhidmatan yang ditawarkan seperti contoh, unifi mobile care, playTV tablet dan telefon pintar serta beberapa lagi.



Melalui Myunifi, kesemua perkhidmatan itu akan disatukan dalam sebuah aplikasi membolehkan anda membuat pembayaran, menghubungi khidmat pelanggan, makluman berkaitan akaun serta promosi-promosi yang bakal ditawarkan pada masa depan.



Aplikasi Myunifi disediakan untuk platform Android serta iOS dan bagi pelanggan yang menggunakan mana-mana perkhidmatan dari unifi, boleh muat turunnya sekarang dari Google PlayStore atau App Store.