MySpace - Lebih Dari 50 Juta Lagu Dari 14 Juta Artis Terpadam Secara Tidak Sengaja

MySpace, merupakan salah satu media sosial yang mendapat sambutan hangat suatu ketika dahulu sebelum nama Facebook meningkat naik.

Selain digunakan untuk berinteraksi dengan pengguna lain, kebanyakkan dari kita menyukai platform ini kerana ia menghidangkan lagu-lagu terutamanya dari artis-artis indie tempatan.

Tetapi beberapa hari lalu, dikhabarkan koleksi muzik dari awal pelancaran MySpace sehinggalah ke tahun 2015 telah dipadam secara tidak sengaja.

Ia disebabkan oleh masalah ketika proses peralihan server yang menyebabkan kehilangan lebih dari 50 juta koleksi lagu dari lebih 14 juta artis.



Sebelum ini iaitu sekitar setahun yang lalu, ada pengguna yang mengadu kepada MySpace bahawa mereka tidak dapat memain atau memuat turun muzik dari platform itu.

MySpace pada awalnya menyatakan kepada pengguna tersebut bahawa mereka akan memulihkan data yang hilang itu, tetapi beberapa bulan kemudian mengakui bahawa fail-fail terbabit tidak dapat dipulihkan seperti sedia kala. Adakah anda masih menggunakan MySpace? Bagaimana nasib data yang dimuat naik anda?

Sumber: Ars Technica

Kredit foto utama: Trusted Reviews

Berkaitan