Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera 1

MySejahtera Kini Dengan Ciri Baru, Pengguna Dinasihatkan Kemas Kini Aplikasi Segera

Diterbitkan Julai 18, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, aplikasi MySejahtera telah ditambah baik dengan diperkenalkan 2 ciri baharu iaitu paparan rekod saringan kesihatan dan paparan rekod imunisasi untuk bayi yang dilahirkan selepas 1 Julai 2022.

KKM menyatakan, 2 ciri baharu itu adalah untuk memudahkan orang ramai menyimpan rekod kesihatan secara digital sekaligus memudahkan akses serta mengatasi isu kehilangan buku imunisasi atau tiada rekod saringan.

mysejahtera ciri baru

Selain itu, KKM juga memaklumkan mereka merancang untuk terus menawarkan pelbagai ciri baharu dalam masa terdekat ini seperti tempahan janji temu kesihatan, perkhidmatan telekonsultasi, input saringan kesihatan kendiri, ikrar derma organ, perskripsi ubat-ubatan dan lain-lain.

Sehubungan itu, KKM menasihatkan pengguna supaya mengemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi terbaru bagi mendapatkan 2 ciri baharu ini.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY