Myoshirt, 'Vest' Untuk Tingkat Daya Ketahanan Otot Pesakit Saraf Tunjang

Kumpulan penyelidik di ETH Zurich telah membangunkan teknologi exomuscle yang ringan dan boleh pakai untuk membantu meningkatkan daya ketahanan yang dinamakan Myoshirt.

Dibina dengan menggunakan sensor yang tertanam dalam fabriknya, ia boleh mengesan niat pergerakan pengguna dan menambah daya tambahan seperti yang diperlukan.

Ujian awal yang dijalankan telah terbukti menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ketahanan.

Apabila exoskeleton ini bertindak sebagai otot dan tulang, memberikan daya serta sokongan struktur, exomuscle akan menggunakan struktur badan sendiri dan memberi sokongan dengan daya tambahan.

Hasilnya, ia lebih ringan dan kurang "bulky", tetapi juga terhad dalam jumlah daya yang boleh diberikan, bergantung kepada ketahanan tulang dan sendi manusia.

Rekaan Myoshirt


myoshirt Kapsyen: Sumber: ETH


"Myoshirt" dari ETH Zurich ini direka sebagai vest, dengan manset (cuff) untuk lengan atas dan lengan bawah.

Sensor dalam fabrik akan menyampaikan data pada impuls kawalan otot ke kotak kawalan, yang memproses maklumat dalam masa nyata dan memutuskan masa untuk menggerakkan otot tiruan, menerusi kabel Dyneema yang dijajarkan selari dengan otot pemakainya sendiri.

Dengan memendekkan kabel semasa otot mengecut, Myoshirt dapat menyumbangkan kuasa kepada pergerakan pengguna dengan cara yang halus, dan boleh disesuaikan.

Pasukan ETH Zurich membangunkan Myoshirt ini terutamanya untuk meningkatkan kekuatan dan daya ketahanan orang yang mempunyai mobiliti terhad.

Ujian awal oleh ETH


Mereka telah menjalankan ujian, dengan meletakkan vest ini pada 10 orang tanpa sebarang kecacatan fizikal, seorang dengan distrofi otot dan seorang dengan kecederaan saraf tunjang.

Dalam ujian tersebut, yang memerlukan subjek mengangkat tangan dan/atau objek dan menahannya, subjek yang sihat dapat mengekalkan kedudukan selama satu pertiga lebih lama dengan exomuscle diaktifkan berbanding tanpanya.

Hasilnya juga lebih baik untuk dua yang lain; pesakit distrofi otot menerima peningkatan daya ketahanan sekitar 60 peratus, dan pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang menyaksikan lonjakan ketahanan sehingga 300 peratus.

Buat masa ini, pasukan penyelidik ini memfokuskan pada satu gerakan otot; meningkatkan aktiviti otot bahu apabila pengguna mengangkat tangan mereka, sebagai konsep ia boleh berfungsi dengan otot-otot lain.

Mereka turut bekerjasama dengan MyoSwiss AG, yang membuat exoskeleton Myosuit yang kini direka khusus untuk membantu kekuatan kaki.

https://youtu.be/i4gYJwPOpyI

Sumber: ubergizmo

Berkaitan