MOSTI Anjur Hackathon Nasional Pertama Malaysia Dengan Hadiah Sehingga RM250,000

MYHackathon, salah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) merupakan cabaran penyelesaian masalah bagi meningkatkan kecekapan digital perkhidmatan kerajaan dalam era norma baharu. Hackathon ini merupakan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Semua pengekod, inovator, jurutera perisian, pakar subjek, dan juga rakyat Malaysia boleh menyertai hackathon nasional ini dengan 2 hingga 5 ahli bagi setiap pasukan. Setiap hackathon mempunyai tema yang berbeza dan lokasi yang berlainan di seluruh Malaysia.

Terdapat 6 hackathon yang akan diadakan bermula Oktober ini dengan setiap pendaftaran dibuka 7 hari sebelum pelancaran. Bagi Kuala Lumpur, penyertaan telahpun ditutup. Sementara pelancaran hackathon di Kuala Terengganu berlangsung hari ini, 5 Oktober 2020.

MYHackathon

Anda juga masih boleh menyertai hackathon di empat lokasi dengan pendaftaran akan dibuka seperti jadual di atas, manakala pelancaran akan berlangsung seperti berikut:

  • Johor Bahru - 24 Oktober 2020

  • Kuching, Sarawak - 26 Oktober 2020

  • Pulau Pinang - 21 November 2020

  • Kota Kinabalu, Sabah - 23 November 2020


Selain itu, terdapat dua kategori bagi setiap hackathon dengan hadiah utama bernilai RM10,000 bagi Kategori Sprint dan Geran Bersyarat sebanyak RM250,000 untuk setiap pemenang bagi Kategori Marathon.

MYHackathon

Untuk maklumat lanjut mengenai MYHackathon, layari pautan ini.

Berkaitan