MyEG Tawar Ujian Saringan COVID-19 Percuma Untuk Pekerja Di Kawasan PKPB


PERKESO kini telah melanjutkan Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO bagi ujian saringan COVID-19 di kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu di Kedah, Kuala Lumpur, Sabah, Selangor dan Putrajaya.

Sehubungan itu, portal sehenti COVID-19 iaitu MyEG telah menyediakan saluran bagi memudahkan majikan di kawasan PKPB untuk membuat urusan ujian saringan bersubsidi untuk pekerja masing-masing.

Dilancarkan pada Mei lalu, portal sehenti COVID-19 MyEG adalah saluran alternatif yang sesuai untuk syarikat yang ingin melancarkan proses pendaftaran dan mengatur ujian saringan pekerja mereka, sama ada warganegara atau bukan warganegara Malaysia.

ujian saringan COVID 19 percuma

Melalui portal ini, majikan boleh mengesahkan pekerja yang layak dan meneruskan urusan ujian saringan COVID-19 tanpa bayaran pendahuluan. Ini kerana, MyEG akan berhubung terus dengan PERKESO mengenai subsidi kos saringan COVID-19 yang bernilai RM150 di bawah Program Saringan Prihatin.

Pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai ujian saringan COVID-19 ini boleh dilakukan melalui laman MyEG.