MYEG hari ni memperkenalkan skim langganan bulanan produk segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ayam dan makanan laut melalui NAK BELI Flexi Value Plan.

Terdapat 3 pek langganan Flexi Value Plan iaitu RM100, RM200, dan RM500 yang dilanggan setiap bulan. Tempoh langganan untuk setiap pek adalah pada sebulan, 3 bulan, 6 bulan, atau 12 bulan dan pelanggan boleh mendapat penjimatan sehingga 50%.

Jika lebih lama pilihan bulanan yang dipilih, lebih banyak penjimatan yang diterima. Selain itu, MYEG juga menawarkan penghantaran percuma untuk dihantar ke lokasi pelanggan jika pembelian melebihi sebanyak RM100.

IKLAN

Namun, buat masa ini perkhidmatan ini hanya tersedia untuk kawasan Lembah Klang sahaja.

Untuk melanggan dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai NAK BELI Flexi Value Plan, anda boleh melawat laman www.nakbeli.com.my.