MyEG Jalankan Kerjasama Eksklusif Dengan Zhifei Untuk Pensijilan Halal Dan Pengedaran Vaksin COVID-19 Di Malaysia

MyEG hari ini telah menandatangani kerjasama eksklusif 3 tahun bersama Anhui Zhifei Longcom Biopharmeceutical CO. Ltd untuk menjalankan ujian klinikal fasa tiga dan seterusnya pengedaran vaksin COVID-19 di Malaysia.

MyEG secara tidak langsung akan menjadi pengedar rasmi bagi vaksin COVID-19 di Malaysia setelah ujian klinikal fasa tiga itu selesai.

Kapsyen: Sumber: NST


Dalam pada itu, syarikat tersebut akan berusaha untuk mencapai kepatuhan terhadap syarat status halal untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan memastikan peningkatan penerimaan dari populasi Muslim global.

Zhifei adalah anak syarikat Chongqing Zhifei Biological Products Co. Ltd yang tersenarai dalam bursa saham Zhenzhen dan telah terlibat dalam industri produk biologi sejak 2002 terutama pengeluaran vaksin untuk kegunaan manusia.



Mereka juga adalah salah satu daripada lima syarikat China yang menjalankan ujian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 di pasaran dunia.

Persefahaman ini sah selama tiga tahun daripada tarikh ditandatangani dan boleh dilanjutkan jika dipersetujui bersama.

MyEG telah memanfaatkan kepakaran mereka sebagai penyedia perkhidmatan digital di rantau ini dalam membantu memerangi wabak ini.

Oleh itu, MyEG melihat perlunya pembentukan sistem untuk menguruskan logistik dan cabaran pentadbiran untuk ujian vaksin tersebut.



Dalam pada itu, pendekatan holistik menjadi norma baharu dalam era pasca-COVID, MyEG dengan kerjasama Zhifei adalah pelengkap yang tepat dan penting dalam inisiatif ini.

Sejak 1 November 2020, MyEG juga telah dilantik KKM untuk membangunkan dan mengendalikan sistem pas kesihatan digital MySafeTravel.

Ia adalah untuk memudahkan pelancong masuk ke Malaysia dengan mematuhi syarat-syarat ujian COVID-19 dan kuarantin.

Di samping itu, mereka juga mengendalikan portal sehenti untuk pemeriksaan pekerja COVID-19 di negara ini yang merangkumi kolaborasi perkongsian data dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.