#MWC2019 - ZTE Umum Tiga Model, Axon 10 Pro 5G, Blade V10 Dan Blade V10 Lita

Tidak mahu ketinggalan dalam memperlihatkan peranti dengan sokongan 5G, ZTE turut mengambil kesempatan mengumumkan ZTE Axon Pro 5G bersama-sama dua lagi model iaitu Blade V10 serta Blade 10 Lita.

Masih lagi merahsiakan spesifikai dalaman peranti, apa yang boleh dilihat, ia akan tampil dengan Snapdragon 855, tetapan 3 kamera belakang (salah satunya mungkin 48MP), rekaan takuk pada skrin dan juga pengimbas cap jari dalam skrin.



Spekulasi mengatakan ia akan hadir dengan skrin AMOLED 6.47 inci FHD+, RAM 6GB, storan 128GB.

Dua lagi peranti dikenali sebagai ZTE Blade 10 dan Blade 10 Lita turut sama membuat kemunculan pada MWC 2019 kali ini.



Model-model ini didatangkan dengan pilihan warna yang menarik. Menggunapakai skrin paparan 6.3 inci FHD+, kamera swafoto 32MP berada pada takuk "titisan air". Dwi kamera adalah gabungan lensa 16MP dan 5MP.

Blade 10 dilengkapi dengan RAM 4GB, storan 64GB, dan dijana dengan bateri 3200mAh. Pengimbas cap jari pula ditempatkan pada panel belakang peranti. Versi Blade 10 Lita masih belum didedahkan spesifikasinya.

Penawaran Axon 10 Pro 5G bakal dibuat selewat-lewatnya sebelum pertengahan tahun ini bagi pasaran Eropah dan China. Sementara itu bagi model Blade 10 dan Blade 10 Lita dijangkakan pemasarannya pada bulan hadapan, juga untuk pasaran Eropah, China dan juga Amerika Latin.