#MWC2019 - Xiaomi Lancarkan Mi Mix 3 Versi 5G

Di acara MWC 2019 yang sedang berlangsung ketika ini, Xiaomi mengambil kesempatan memeperkenalkan peranti dengan keupayaan sambungan rangkaian terkini, Mi Mix 3 5G.



Secara asasnya, ia adalah model yang sama seperti keluaran terdahulu, Mi Mix 3 tetapi ditambah dengan keupayaan rangkaian 5G melalui modem X50 yang terdapat pada cip Snapdragon 855.



Menurut Xiaomi, bagi melancarkan penggunaan pada tahap yang tertinggi, mereka telah membangunkan sistem penyejukan hybrid untuk versi 5G ini.

Kapasiti bateri juga ditingkatkan iaitu 3800mAh berbanding model standard yang hanya dibekalkan dengan 3200mAh.



Masih mengekalkan mekanisma gelongsor untuk menyembunyikan kamera swafoto, Mi Mix 5G ini akan mula dipasarkan pada Mei tahun ini pada tanda harga 599 Euro, iaitu sekitar ~RM2768 berdasarkan tukaran matawang asing semasa.



Ia ditawarkan pada dua warna pilihan iaitu Onyx Black dan Sapphire Blue.

Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.