#MWC2019 - Wiko View 3 Dan View 3 Pro Bersama Rekaan Yang Lebih Menawan

Pengeluar telefon pintar Perancis, Wiko kini tampil memperkenalkan model terbaru untuk pasaran, Wiko View 3 Pro dan View 3.

Jika dibandingkan dengan Wiko View 2 Pro, rekaan versi Pro kali ini kelihatan lebih "premium" iaitu dengan penggunaan kaca ditambah pula dengan tetapan 3 kamera belakang.

Dari segi luaran, View 3 dan View 3 Pro boleh dikatakan hampir sama, dan perbezaan boleh dilihat pada saiz skrin serta komponen dalaman.

Kita mulakan dahulu dengan Wiko View 3, versi ini menggunakan cip MediaTek Helio P22 dibantu oleh RAM 3GB dan storan dalaman sebesar 64GB yang boleh diluaskan lagi menerusi kad MikroSD.



Skrin paparan pula berukuran 6.26 inci HD+, mempunyai takuk untuk diisi dengan kamera swafoto 8MP. Panel belakang plastik seakan kaca ini dipasang dengan tiga kamera gabungan lensa 12MP+13MP+2MP.



Beralih ke versi Pro, ia dihadirkan dengan skrin paparan 6.3 FHD+ bersama takuk yang diletakkan dengan lensa swafoto 16MP.

Menguasakan peranti dari dalam adalah cip pemprosesan MediaTek Helio P60 bersama-sama RAM 4/6GB dan storan sebesar 64/128 GB dengan sokongan kad MikroSD. Tiga kamera belakang pula terdiri daripada lensa 12MP+13MP+5MP.



Persamaan antara kedua-dua peranti ini adalah dari segi janaan bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas yang disalurkan menerusi port MikroUSB. Ia juga menjalankan sistem operasi Android 9.



Ia akan mula dipasarkan sekitar Mei nanti tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dibawa ke Malaysia ataupun tidak.

Dari segi harga, Wiko View 3 dinilaikan pada 179 Euro (~RM827) dan bagi Wiko View 3 Pro terdapat dalam dua variasi iaitu 4GB/64GB 249 euro (~RM1151) sementara 6GB/128GB 299 euro (~RM 1382).

https://www.youtube.com/watch?v=ao4awpBzVUI