Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X

#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X

Diterbitkan Februari 24, 2019 · Dikemas kini Februari 24, 2019 oleh Haikel Areff

Bahang acara tahunan Mobile World Congress sudah pun mula dirasai. Membuka tirai MWC 2019 kali ini, OPPO telah memperkenalkan teknologi sambungan 5G untuk peranti mereka yang seterusnya.

#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X

Menurut Naib Presiden OPPO, Anyi Jiang, kerjasama antara syarikat mereka bersama Qualcomm bakal membawakan peranti Snapdragon 855 pertama didunia yang mempunyai keupayaan sambungan 5G.

#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X

Dalam acara pengumuman tersebut, Pengurus Produk OPPO, Chuck Wang seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, turut memperkenalkan teknologi 10X zoom optikal mereka.

#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X

Oppo menjelaskan mereka akan menggunakan tiga tetapan kamera. Yang pertama, lensa utama 48 Megapiksel (kami jangkakan sensor SONY IMX586), yang kedua mereka menggunakan lensa sudut  lebar 120 darjah (Ultra Wide Angle) dan yang ketiga mereka meletakkan lensa telefoto.

Apa yang membezakan lensa telefoto yang digunapakai oleh OPPO berbanding yang lain adalah mereka mengambil pendekatan yang hampir sama seperti apa yang digunakan pada kamera DSLR iaitu dengan menggunakan teknik ‘Mirroring Image’ atau seperti yang mereka gelarkan ‘rekaan Periscopic Module’.

#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X

Susunan Periscopic Module ini dilihat dapat memberi lebih banyak ruang untuk mereka meletakkan saiz sensor yang lebih besar. OPPO juga mengambil kesempatan ini untuk meletakkan 5 barisan lensa dengan potongan ‘d-cut’ masing-masing pada jarak 6.76mm untuk menghasilkan keupayaan zoom 10X tanpa kehilangan perincian.

#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X
1X (Dalam mode Ultra Wide Angle pada focal length 16mm)
#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X
10X Zoom (focal length 160mm)

#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X

Dengan mengunapakai dua sistem Ultra Wide Angle dan 10X Zoom, peranti yang akan diperkenalkan OPPO kelak mempunyai jarak fokal dari 16mm sehingga 160mm. Oppo juga meletakkan dua penstabilan imej optikal (Dual OIS), satu di lensa pertama 48MP dan satu lagi pada lensa telefoto.

OPPO turut memberikan bayangan model baru mereka akan turut didatangkan bersama pembantu suara AI yang diberi nama ‘Breeno’.

#MWC2019- OPPO Memperkenalkan Teknologi 5G Dan Kebolehan Zoom Optikal 10X

Namun begitu, mereka masih belum lagi mengumumkan model baru yang bakal mengadaptasikan teknologi ini dalam acara tersebut (berkemungkinan besar OPPO F11 atau menurut khabar angin terdahulu Find X2).  Model baru dari OPPO dengan keupayaan sambungan 5G dan kebolehan 10X Zoom optikal dianggarkan pelancaran pada suku kedua tahun ini.

Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY