Merupakan telefon pintar kelas atasan, panel belakang peranti ini dilengkapi dengan tiga lensa 12MP monokrom (f/1.8), dua 12MP RGB (f/1.8). Sementara itu, kamera swafoto pula menggunapakai lensa 20 MP.
Kebanyakkan peranti yang diperkenalkan pada acara MWC2019 dikuasakan dengan cip terbaru seperti Snapdragon 855 dan Kirin 980, Nokia 9 PureView hanya tampil dengan Snapdragon 845. Skrin yang digunakan berukuran 5.99 inci dari jenis pOLED bagi resolusi 1440 x 2880. Untuk ciri sekuriti, fungsi imbasan cap jari terletak didalam skrin.
Sistem dalaman diperkuatkan lagi dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB dan akan dioperasikan dengan sistem Android Pie 9.
Melengakapi Nokia 9 PureView adalah bateri berkapasiti 3320mAh yang diturut serta dengan pengecasan tanpa wayar Qi. Port pengecasan adalah USB-C dan tiada bicu audio 3.5mm. Mempunyai pensijilan ketahanan IP67, harga peranti ini adalah $699 atau sekitar ~RM 2849 mengikut tukaran matawang asing semasa.
Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.
Berkaitan
- Astro Tawar Pakej Internet Dan Saluran TV Pada Harga RM99 Untuk Penduduk Di Jasin
- HTC U11+ Sudah Rasmi Dipasaran Malaysia Dengan Harga RM3099
- HiSilicon Kirin 970 Dilapor Sedang Giat Dihasilkan, Bakal Bersaing Dengan Exynos 8895 Dan Snapdragon 835
- Redmi Note 9S Rasmi, Dilengkapi Bateri 5020mAh, Kuad Kamera Dan Snapdragon 720G
- Google Pixel 4 Dan Google Pixel 4 XL Dilancarkan Dengan Snapdragon 855 Dan Paparan 90Hz
- Spotify Premium Percuma Untuk 6 Bulan Dengan Pelan Pascabayar Unlimited Hero P79 Yang Baru
- realme Book Akan Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM2499 Pada 27 Ogos Depan
- ASUS Malaysia Mula Tawar ROG Zephyrus S GX701 Dengan Harga RM 13,999
- GlobalFoundaries Saman TSMC Berkaitan Pelanggaran Paten Pembuatan Cip
- Berbaloi Atau Tidak Laburkan RM1099 Untuk Redmi Note 8 Pro? Mari Ikuti Bingkisan Hati Ini