#MWC2019 - Nokia 9 Pureview Dengan 5 Kamera Utama!

https://www.youtube.com/watch?v=nm8Mkz42GNQ

Nokia 9 Pureview akhirnya diperkenalkan secara rasmi ke pasaran di acara MWC 2019. Yang paling menjadi sebutan adalah binaan 5 kamera utamanya. 2 lensa RGB dan 3 lensa Monokrom.

Dibina dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, kapasiti bateri 3,500mAh bersama pengecasan 18W. Skrin QHD 5.99 inci dan mungkin antara peranti yang masih tidak mengikuti trend skrin bertakuk atau berlubang.