Tempoh hari anda mungkin ada terbaca tentang pelancaran kad MikroSD berkapasiti 1TB, kini satu lagi pengumuman menarik dibuat berkaitan dengan kepantasan kad MikroSD.
SD Association telah mengumumkan piawaian baru, MikroSD Express, yang akan memanfaatkan teknologi PCIe dan NVMe pada MikroSD untuk meningkatkan kelajuan pemindahan data.
Ia merupakan sebahagian daripada spesifikasi SD 7.1, bakal ditawarkan pada pelbagai kapasiti termasuk microSDHC Express, microSDXC Express, dan microSDUC Express.
Tahun lalu, SD Association telah mengumumkan SD 7.0 (untuk kad SD) dengan kelajuan yang sama.
Jikalau kad 1 TB SanDisk Extreme dari Western Digital mampu mencapai kelajuan membaca pada kadar 160MB per saat, kad MikroSD Express pula menyajikan kelajuan sehingga 985MB per saat.
Ini bermaksud, peranti dapat membaca kandungan kad dalam masa yang singkat dan akses foto, video atau data lain dapat dilakukan dengan pantas.
Kebanyakkan kelajuan kadar bacaan kad MikroSD dipasaran sekarang pula adalah sekitar 100MB per saat.
Difahamkan kad MikroSD Express ini bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.
https://www.youtube.com/watch?v=41VfO5AuuPI
Sumber: Business Wire
Berkaitan
- Bank Di Amerika Syarikat Mula Ganti Kad ATM Dengan Telefon Pintar
- MSI Mula Tawarkan Komputer Riba Dipadukan Dengan Kad Grafik Nvidia GeForce RTX
- Imej Dikatakan ASUS ROG Phone 2 Perlihatkan Kadar Segar Semula 120Hz
- Integral Lancar Kad MikroSD Dengan Kapasiti 512GB
- Juruwang Di Tokyo Curi Maklumat Lebih Dari 1300 Kad Kredit Pengguna Dengan Cara Menghafal
- Samsung Family Hub Bukan Sekadar Peti Sejuk Biasa, Dilengkapi Dengan Bixby Dan Ciri Menarik Lain
- Tambah Nilai Touch 'n Go E-Wallet Melalui Kad Debit Dan Kredit Alami Masalah Teknikal
- Aplikasi Ini Boleh Semak Kadar Gula Yang Terkandung Didalam Minuman
- Beli Ais Krim Cornetto Dan Dapatkan Sim Kad tapp Secara Percuma
- Boleh Tambah Nilai Kad Touch n' Go Guna eWallet Bermula Hujung Tahun Ini