Dalam majlis pengumuman Mi Mix 3 5G, syarikat pengeluar itu turut merasmikan Mi 9 bagi pasaran global.
Bagi yang belum maklum mengenai spesifikasinya, Mi 9 akan membawakan cip pemprosesan Snapdragon 855 dengan pilihan RAM 6GB hingga 8GB.
Panel hadapan dipasang dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.39 inci bersama rekaan takuk kecil yang dihuni dengan kamera swafoto 20MP.
Dibahagian kamera belakang, ia menampilkan tiga kamera gabungan lensa 48MP, 16MP ultra-wide dan 12MP 2x telefoto.
Dijana dengan bateri berkapasiti 3300mAh, ia boleh dicas secara tanpa wayar dengan pengecasan berdaya 20W.
Harga jualan di Eropah adalah 449 Euro untuk versi 6GB/64GB dan 499 Euro (~RM2075) untuk versi 6Gb/128GB (~RM2306).
Berkenaan dengan peranti ini, ia dikhabarkan bakal dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Ini berikutan dari penyenaraian pada pengkalan data pengesahan SIRIM sepertimana yang dilaporkan beberapa media teknologi tempatan. Turut tersenarai adalah peranti dari sub-jenama, Redmi Note 7.
Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.
Berkaitan
- Digi Dijangka Perkenal Pelan Internet Tanpa Had Pada Harga Bulanan RM38
- Kementerian Pertahanan Malaysia Larang Warga ATM Guna Tik Tok
- Realme C2 Versi 2GB+32GB Akan Mula Ditawarkan Pada Ogos Ini Pada Harga RM399
- Garmin Instinct® Esports Edition Boleh Dibeli Pada Harga RM1399
- Kotak Bungkusan Pixel 4a Sudah Kelihatan, Mungkin Siap Sedia Untuk Dilancarkan
- Samsung Patenkan Sistem Imbasan Tapak Tangan
- Bukan Lagi 3 Bulan, Tempoh Pinjam Laptop Secara Percuma Dari Perpustakaan Selangor Dilanjutkan
- SKMM Beri Peringatan Perbuatan "SPAM" Boleh Dikenakan Tindakan
- Free Fire All Stars 2021 Asia Akan Bermula Pada 23 Julai Ini
- Apple Mahu Pindah 20% Pengeluaran Dari China Ke India