Merupakan sebuah hotspot 5G, ia bakal menghidangkan sambungan 5G kepada 20 peranti lain dalam satu-satu masa.
Fungsinya tidak terhenti disitu kerana ia turut menawarkan skrin paparan. Dikuasakan dengan Android Pie 9, ia mampu membuat penstriman rancangan TV dan filem dari aplikasi seperti Netflix. Untuk paparan yang lebih besar, anda juga boleh menyambungkannya ke TV melalui penyambung USB-C ke HDMI.
Selain itu, anda boleh mengakses kandungan melalui sokongan WiFi dan juga disertakan sokongan slot kad MikroSD.
Dari segi spesifikasi komponen dalam, ia disiapkan dengan Snapdragon 855, RAM 4GB, storan 32GB, dan bateri 7660mAh.
Harga peranti ini belum didedahkan lagi dan penawaran bakal dibuat sekitar suku kedua tahun ini dimulai di Amerika Syarikat dan seterusnya ke negara-negara Eropah lain.
https://www.youtube.com/watch?v=SGeNk9FiJMI
Berkaitan
- Pegawai Syarikat Telco Antara Yang Direman Berhubung Sindiket Penipuan SMS
- Fire Tank - Jentera Pemadam Api Yang Dikawal Menerusi 5G
- Doktor Rawat Pesakit Covid-19 Dari Jarak 700km Guna Rangkaian 5G
- Huawei Nova 6 5G Mungkin Membawakan Spesifikasi Berikut
- OPPO Reno3 Pro Diperkenalkan, Sokongan 5G Dan Paparan 90Hz
- Nokia Berhasrat Tawar Teknologi 5G Di Malaysia
- Teknologi 5G - Huawei Masih Untung Walaupun Disekat AS
- HTC Dijangka Perkenal 3 Model Telefon Pintar Penghujung Tahun Ini
- Malaysia Perlu Waspada Teknologi 5G China - Daim
- Google Dilapor Akan Mengambil Alih HTC