#MWC2019 - Doogee Umum Siri Y, Peranti Yang Disasarkan Untuk Golongan Muda

Turut sama menemani telefon pintar tahan lasak modular, Doogee S90, adalah siri Y yang menyasarkan pasaran bagi golongan muda.

Dua peranti yang dimaksudkan adalah Doogee Y7 Plus dan Doogee Y8 Plus. Menampilkan pilihan warna rekaan yang lebih segar, spesifikasi bawaan adalah seperti berikut.

Doogee Y7 Plus



  • Skrin paparan 6.18 inci FHD+

  • Cip pemprosesan MT6757

  • Pengimbas cap jari dibelakang

  • Dwi kamera 16MP dan 13MP

  • Kamera swafoto 8MP

  • RAM 6GB

  • Storan 64GB

  • Bateri 5080mAh

  • Android Pie 9




Doogee Y8 Plus



  • Skrin paparan 6.21 inci HD+

  • Cip pemprosesan MT6761

  • Pengimbas cap jari dibelakang

  • Dwi kamera 13MP dan 8MP

  • Kamera swafoto 8MP

  • RAM 3GB

  • Storan 32GB

  • Bateri 4000mAh

  • Android Pie 9