#MWC2019 - Doogee S90, Telefon Pintar Modular Yang Menawarkan Pelbagai Fungsi Menarik

Tahun lalu Doogee ada mengumumkan S90, sebuah peranti tahan lasak dengan rekaan modular yang menawarkan beberapa fungsi menarik.



Diperlihatkan pada acara MWC2019, ia disebut sebagai modular oleh kerana lima modul atau aksesori yang boleh dipasang pada peranti iaitu, Night Vision, Talkie, Game, Power serta modul 5G yang diperkenalkan pada awal Januari tahun ini.



Modul-modul diatas dapat dipasang dengan mudah melalui penggunaan magnet. Setelah itu, ia akan mengenal pasti jenis modul dan boleh terus digunakan.

1. Night Vision

Modul ini mampu meningkatkan kualiti gambar pada kurang cahaya, lebih-lebih lagi waktu malam.

2. Talkie



Merubah telefon pintar menjadi sebuah walkie-talkie dengan jarak komunikasi digital antara 6-10km.

3. Game



Khusus untuk memainkan permainan dimana ia menyediakan pengawal analog dan butang yang menjadikan S90 ibarat sebuah konsol mudah alih.

4. Power



Umpama nyawa tambahan kepada peranti dimana ia mempunyai bateri terbina berkapasiti 5000mAh.

5. 5G



Nama modul ini sudah memberi gambaran bahawa ia menyokong rangkaian 5G. Didalamnya dipasang dengan cip MediaTek dan syarikat menyatakan ia mampu memuat turun pada kelajuan maksimum 3.5Gbps. Sambungan 5G diaktifkan hanya apabila pengguna menyiarkan video, memuat turun muzik atau video. Untuk aktiviti pelayaran web, 4G akan dioperasikan.



Spesifikasi telefon pintar pula adalah seperti dibawah:

  • Skrin 6.18 inci

  • Cip MediaTek Helio P60

  • RAM 6GB

  • 128GB

  • Dwi kamera belakang 16MP dan 8MP

  • Kamera swafoto 8MP

  • Sokongan NFC, WiFI dan Bluetooth

  • Bateri 5050mAh

  • IP68


https://www.youtube.com/watch?v=_86HI8X9ebg

Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.