MWC 2017 | Samsung SSD Power Pack, Gabungan Antara Storan Mudah Alih Serta Power Bank

Acara MWC 2017 merupakan pentas yang memberi peluang kepada syarikat teknologi seluruh dunia mempertontonkan produk mereka.

Pelbagai peranti dengan teknologi-teknologi terkini akan dipersembahkan dengan harapan ia menerima maklum balas baik dari pengunjung yang hadir.

Samsung dihari pertama acara MWC 2017 berlangsung telah pun melancarkan dua buah tablet iaitu, Galaxy Tab S3 dan juga Galaxy Book.

Bukan itu sahaja, syarikat gergasi Korea Selatan itu turut mempamerkan satu produk yang dikira unik. Ia merupakan gabungan antara storan mudah alih dengan power bank.

Storan mudah alih dan power bank adalah peranti yang penting pada masa sekarang tetapi agak sukar untuk membawa kedua-duanya sekali. Ya, ia juga memakan ruang di dalam beg anda.

Dikenali sebagai Samsung SSD Power Pack, ia dijangka dapat menarik minat orang ramai untuk memilikinya. Hadir dengan rekaan segi empat tepat dan melengkung di penjuru, ia kelihatan sangat selesa dipegang dan mudah dibawa kemana-mana.

samsung-ssd-powerpack-3-1024x683

Walaubagaimanapun, tidak banyak informasi yang boleh diberitakan buat masa sekarang.

Jika dilihat pada imej, ia hanya memaparkan kapasiti storan sebesar 500GB dan saiz bateri yang berkuasa 5600mAh.

Jenis port sambungan masih samar-samar, jadi jangan lupa untuk layari Wiser.my untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang produk ini.

Sumber: Lowyat.net