MWC 2017: Blackberry KeyOne- Kemunculan Semula Rekaan Ikonik Papan Kekunci Fizikal QWERTY

Blackberry akhirnya mendedahkan nama sebenar peranti flagship Android mereka selepas mempamerkan satu video teaser sewaktu CES 2017 awal tahun ini, ianya digelarkan Blackberry KeyOne. Sebelum ini, berdasarkan ketirisan maklumat yang tersebar di internet, ramai yang menjangkakan peranti ini dinamakan sebagai Mercury.

KeyOne memiliki paparan 4.5 inci HD penuh bersama resolusi paparan 1620x1080 dan nisbah 3:2. Ianya dimuatkan dengan cip pemproses Snapdragon 625(hmm...). Kali ini Blackberry memuatkan kapasiti bateri paling besar yang pernah digunakan untuk telefon mereka iaitu dengan 3505mAh. KeyOne turut menawarkan sokongan Fast Charging menggunakan port USB Type-C.

BlackBerry-KEYone-6

Yang paling menarik perhatian adalah, KeyOne merupakan telefon yang dilihat menampilkan semula rekaan papan kekunci QWERTY yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Ianya dimuatkan dengan sistem operasi Android Nougat 7.1 .

blackberry_keyone_1

Blackberry memberitahu mereka memfokuskan kepada sekuriti dan fungsi keselamatan yang canggih. Paling advance di antara semua telefon pintar ketika ini, dakwa mereka. Tetapi jika dilihat dari segi spesifikasi dalaman, kami sedikit ragu-ragu dengan keupayaan KeyOne ini dipasaran. Dengan telefon pintar ketika ini sedang berpusu-pusu menghasilkan rekaan baru dan inovatif, Blackberry masih cuba bertahan dengan rekaan QWERTY mereka.

Tahun ini memang tahun comeback ke? Nokia 3310 pun buat comeback.