Muzik Melancarkan Headphone Tanpa Wayar Muzik One





Muzik hari ini mengumumkan pelancaran peranti headphone tanpa wayar iaitu Muzik One. Muzik One menggunakan sambungan bluetooth daripada peranti anda. Ianya dilengkapi dengan Hot Keys, iaitu salah satu ciri yang dapat memberi arahan dengan satu sentuh di bahagian cawan telinga. Sebagai contoh anda dapat menggunakan akaun Spotify, Facebook dan Twitter dan menggunakan Hot Keys untuk membina playlist, follow atau share apa yang anda dengar di sosisal media. Anda juga dapat mengguna IFTTT untuk memberikan kuasa kawalan kepada peranti anda di rumah termasuk lampu, pembesar suara dan lain lain.







Rekaan luar Muzik One menggunakan Aircraft Aluminium dan kulit untuk mempamerkan gaya dan bentuk yang cantik. Ianya juga datang bersama dua model headphone yang boleh ditukar ganti mengikut citarasa pengguna, Pemacu Muzik One mempunyai DSP yang diperbaharui yang akan memberikan kualiti bunyi yang lebih tajam.