Muslim Pro Malaysia Muncul Sebagai Aplikasi Popular Ramadan Ini

Aplikasi di peranti pintar bukan sahaja memudahkan urusan seharian, malah kecanggihan teknologi mudah alih itu boleh dimanfaatkan pengguna dalam melakukan ibadah.

Salah satu aplikasi yang menawarkan fungsi-fungsi keagamaan tersebut adalah Muslim Pro Malaysia. Menggarap laporan dari Bernama, Muslim Pro Malaysia, dilapor muncul sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun dalam negara pada awal Ramadan. Ia sekaligus mengatasi beberapa aplikasi popular lain di Google Play Store dan App Store seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Peningkatan muat turun ini adalah kerana ramai pengguna menggunakan aplikasi ini bagi menyemak waktu berbuka puasa serta imsak, selain menikmati fungsi-fungsi keagamaan lain yang disediakan.

Muslim Pro Malaysia bukan sekadar popular dalam kalangan pengguna tempatan tetapi juga di lebih 200 negara lain yang mana aplikasi ini sudah mencatat 70 juta muat turun.

Adakah anda salah seorang pengguna Muslim Pro Malaysia atau anda gunakan aplikasi lain untuk tujuan sama? Boleh kongsikan fungsi-fungsi menarik pada pembaca lain diruangan komen.

Sumber: Bernama