Musim Ke-Lima Fortnite Mungkin Membawa Pemain Merentasi Masa

Epic Games akhirnya telah mengeluarkan iklan acah rasmi buat musim ke-lima permainan battle royale itu buat kali pertama. Pengumuman itu dibuat menerusi kiriman Twitter akaun rasmi Fortnite. Dalam iklan acah yang dikirim pada 9 Julai tersebut, mereka memberitahu bahawa musim terbaru itu akan tiba dalam masa tiga hari lagi(12 Julai).

https://twitter.com/FortniteGame/status/1016323813263495168

Foto iklan acah berkenaan menampilkan imej topeng dengan kesan retakan yang sering muncul dalam permainan tersebut sebelum ini. Sejak retakan berkenaan muncul buat kali pertama, para pemain Fortnite sudah mula membuat andaian berkaitan maksud sebenar yang ingin disampaikan.

Antara andaian yang paling mendapat persetujuan ramai ialah imej topeng tersebut mewakili makhluk lagenda Jepun, Kitsune atau musang jadian. Dalam kisah lagenda berkenaan, Kitsune merupakan seekor musang yang boleh berubah menjadi seorang manusia dan memiliki beberapa kuasa istimewa yang lain.


Topeng Kitsune


Mereka juga mengandaikan kesan retakan pada imej topeng itu terjadi semasa proses perubahan bentuk itu. Atas sebab itu, ramai yang berpendapat musim baru bagi permainan Fortnite ini akan membawa pemain merentas masa untuk kembali ke zaman haiwan lagenda tersebut.

Fortnite sebelum ini telah membawa watak Thanos ke dalam permainan itu, jadi tidak mustahil watak Kitsune juga boleh diperkenalkan pada musim kali ini. Apa pun, untuk kepastian, sama-sama kita tunggu musim baru yang akan bermula dari 12 Julai sehingga 20 September ini dilancarkan.

Sumber