Murid Mungkin Tidak Perlu Ke Sekolah Pada 30 Tahun Akan Datang

Pernahkah anda terfikir bagaimana keadaan sekolah-sekolah pada masa hadapan? Adakah murid-murid masih mengheret beg yang sarat dimuatkan dengan buku teks, atau hanya duduk di rumah tetapi menghadiri kelas secara maya?

Menurut penulisan daripada Craig Beddis, CEO sebuah syarikat perisian komputer, Hadean, beliau meramalkan tiada lagi sekolah pada 30 tahun akan datang.

Beddis menggambarkan pada masa hadapan teknologi akan lebih canggih dengan peranti serta robot dikuasakan dengan AI bagi membantu manusia dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, beliau juga berpendapat dalam perjalanan kearah sistem pendidikan digital tersebut, kita sepatutnya sudah mula mewujudkan sekolah untuk menguji bagaimana teknologi sedia ada dapat digunakan secara sepenuhnya didalam kelas.



Di dalam negara, kita sedia melihat sekolah-sekolah yang sudah menggunakan tablet dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PnP). Ini merupakan sesuatu yang menarik kerana penggunaan gajet cukup sinonim dengan golongan tersebut. Anda boleh lihat kanak-kanak seawal 6 tahun sudah pun mahir mengendalikan peranti, hatta ada yang lebih "celik IT" berbanding ibu bapa mereka sendiri.



Selain meningkatkan lagi penglibatan pelajar di kelas, ia juga bertujuan memberi pendedahan teknologi lebih awal kepada pelajar sebagai persediaan mengharungi alam universiti, seterusnya pekerjaan.

Ia juga selari dengan perkembangan teknologi dan Revolusi Industri 4.0, pastinya PnP di dalam bilik darjah akan lebih menarik pada masa hadapan.

Ditambah pula dengan kedatangan rangkaian generasi kelima, penggunaan peranti VR dan AR ini tidak mustahil untuk dibawa ke sekolah kita suatu hari nanti.

Sekitar pameran teknologi 5G anjuran SKMM pada April yang lalu, beberapa telco dan universiti tempatan mengambil bahagian mempertontonkan keupayaan 5G yang akan memanfaatkan sektor pendidikan.



Antaranya seperti kelas maya yang membolehkan tenaga pengajar tidak perlu berada secara fizikal di dalam kelas.  Mereka boleh berada dimana-mana saja tanpa mengganggu jadual pembelajaran yang telah ditetapkan.

Selain itu, teknologi AR serta VR juga diramal mampu menggantikan buku teks fizikal dan projek rintis mengenainya telah pun dijalankan oleh La Probe University untuk pembelajaran anatomi manusia. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran ia bakal dikembangkan lagi dalam arena pendidikan pada masa akan datang.

Di Malaysia pula, ambil contoh Universiti Malaya yang mengadakan proses pembelajaran dan pengajaran dikenali sebagai e-Learning. Pensyarah dan pelajar berkomunikasi dalam sebuah platform maya dan tidak perlu hadir secara fizikal ke kelas. Ini sangat menarik jika dapat diadaptasi ke sekolah kerana jika sesuatu bencana berlaku seperti jerebu yang melanda negara beberapa bulan lalu, ia tidak akan mengganggu sesi pembelajaran dan pengajaran.

Mungkin ada yang beranggapan kita masih terlalu awal untuk membincangkan 5G, kelas pintar dan sebagainya. Namun tanpa adanya mentaliti kearah itu dalam masyarakat, segala perancangan pada masa hadapan mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan lancar.

Negara-negara maju seperti China dikatakan sedang berusaha keras dalam membawakan AR dan VR ke dalam sesi pembelajaran. Negara tembok besar itu juga berada di landasan yang tepat dalam penyediaan teknologi berkenaan di semua bilik darjah di sekolah.



Sistem pendidikan kita mampu ke arah itu tetapi inisiatif awal perlulah diperkenalkan sebagai asas yang kukuh untuk teknologi pendidikan yang lebih maju pada masa hadapan.

Bagi membawa anda lebih dekat kepada tranformasi pendidikan yang lebih kehadapan, Seminar Teknologi Pendidikan Digital bakal diadakan pada 17 dan 18 Disember 2019 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).



Dianjurkan bersama SNS Network (M) Sdn Bhd sebagai rakan industri IT, tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan JOI® Smart Classroom. Ia merupakan langkah penyelesaian terhadap proses pembelajaran yang lebih fleksibel sesuai untuk pelbagai persekitaran.

JOI® Smart Classroom juga akan menggunakan sepenuhnya sistem dari Intel dengan mengoptimumkan penggunaan paparan interaktif disamping komputer peribadi, perisian pendidikan serta akses kepada halaman web pendidikan.



Acara tersebut bakal dirasmikan Menteri Pendidikan negara, YB. Dr. Maszlee Malik sementara Pengarah Urusan SNS Network, Ko Yun Hung pula akan memberikan pembentangan terhadap penyelesaian ICT dalam lapangan pendidikan.



Lebih daripada 200 wakil dari pelbagai institusi tinggi, latihan teknikal serta vokasional dijangka hadir menjayakan seminar dua hari berkenaan.

Selain daripada pameran teknologi, Seminar Pendidikan Digital ini turut menjadualkan ucaptama berkaitan budaya teknologi digital dalam pendidikan negara dan topik-topik lain yang berkaitan.

Dengan kehadiran JOI® Smart Classroom ini, ia mampu menjadi asas kukuh dalam pendidikan digital negara serta berupaya menghasilkan pelajar yang bersedia mengharungi cabaran teknologi masa depan.

Bagi anda yang mempunyai kelapangan dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang JOI® Smart Classroom serta sistem pendidikan digital negara bolehlah berkunjung ke lokasi yang disebutkan di atas. Untuk daftar kehadiran, boleh klik pautan ini > Pengesahan Kehadiran ke Seminar Technology Update 2019 (STUUTHM 2019).