Mungkinkah Ini Panel Belakang Untuk iPhone 8?

Sebuah imej yang tersebar di internet telah menampakkan rekaan tidak rasmi iPhone 8.

Apple mungkin tidak bercadang untuk meletakkan sensor Touch ID di peranti mereka namun gambar di bawah menceritakan sebaliknya.

Malah mungkin menjadi igauan buruk kepada penggemar peranti telefon pintar dari Apple kerana rekaan yang tidak anda jangkakan dari syarikat Cupertino itu.



Panel belakang itu yang tersebar dari Baidu, memperlihatkan pengimbas cap jari di kedudukan bawah dari logo Apple yang ikonik.

Kedudukannya agak konsisten dengan khabar angin sebelum ini dan boleh jadi ini merupakan peranti iPhone pertama meletakkan sensor Touch ID di belakang peranti.



Dengan kedudukan kamera belakang yang menegak juga sama seperti berita ketirisan sebelum ini.

Ada teori mengatakan juga yang ini merupakan prototaip lain dan menjadi sandaran jika rekaan asal gagal dilaksanakan.

Sumber

Berkaitan