Mungkinkah Ini Lif Pada Masa Akan Datang?

Sebagai salah sebuah syarikat pembuat lif terbesar di dunia, Thyssenkrupp AG bercadang untuk melakukan perubahan dalam teknologi lif sedia ada. Mereka sedang melakukan ujian di Jerman bagi menguji sistem lif yang tidak menggunakan tali kabel.

Bagi menggantikan kabel, Thyssenkrupp AG bercadang menggunakan teknologi Maglev. Maglev merupakan sistem yang menggunakan magnet bagi menggerakkan beban. Teknologi Maglev ini sudah digunakan di dalam sistem pengangkutan kereta api sedia ada seperti di Jerman, Korea Selatan dan juga United Kingdom.



Dengan perkembangan ini, Thyssenkrupp AG dijangka akan setapak lebih kehadapan berbanding pesaing-pesaing mereka yang lain di pasaran dan akan memulakan operasi lif maglev ini pada tahun 2020 di Berlin.

Sumber