Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Tiada Lagi iPhone Dalam Masa 10 Tahun Lagi

Mungkin Tiada Lagi iPhone Dalam Masa 10 Tahun Lagi

Diterbitkan November 29, 2021 ยท Dikemas kini November 29, 2021 oleh Helmi Samsuri

Kalau putar kembali masa ke 20 tahun yang lepas, kita semua lihat telefon dengan skrin kecil masih dilengkapi dengan butang-butang untuk menaip. Tetapi tahun demi tahun ciri-ciri itu dah ditinggalkan satu persatu kerana ia sudah dianggap lapuk.

Mungkin satu masa nanti, telefon pintar yang kita rasakan canggih ini akan turut alami nasib yang sama. Perkara ini kita boleh kaitkan dengan khabar angin terbaru dimana ia membayangkan tiada lagi iPhone dalam tempoh 10 tahun lagi.

Menurut penganalisis yang sinonim dengan berita-berita mengenai Apple, Ming-Chi Kuo, Apple mungkin akan hentikan pengeluaran produk paling popular mereka, yakni iPhone. Ia bakal digantikan dengan realiti terimbuh atau lebih biasa kita sebut sebagai AR.

Khabar mengenai Apple membangunkan kaca mata realiti terimbuh bukan lagi rahsia dimana ia diramal pengenalannya pada tahun hadapan. Awal ini ia mungkin memerlukan padanan kepada iPhone untuk melakukan sesuatu kerja, tetapi pada masa hadapan mungkin tidak. Kita boleh kata ia akan dijadikan asas yang kukuh untuk teknologi akan datang.

Kalau ia dirancang untuk gantikan iPhone, kita boleh gambarkan teknologi AR ketika itu bukan sahaja membenarkan kita membuat panggilan, mengambil foto, dan melayari aplikasi malah lebih lagi. Mungkin apa yang digambarkan pada filem Ready Player One akan menjadi realiti suatu masa nanti.

Sumber: 9to5mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY