Mungkin Dua Telefon Sony Xperia Mark III Dilancarkan Pertengahan Tahun Ini

Bermula tahun lalu, Sony telah menggunakan penamaan roman bagi model telefon pintar mereka. Baru-baru ini, kita sudah pun melihat Sony memperkenalkan telefon pintar sangat mewah iaitu Xperia Pro yang harga melebih RM10,000.

Kini, Sony dijangka akan melancarkan dua telefon Xperia Mark III pada pertengahan tahun ini. Dua telefon tersebut adalah Sony Xperia 5 III dan Sony Xperia 1 III.

Kita bergerak dengan Xperia 5 III dahulu yang mana ia mungkin akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 888 dan 8GB RAM dimana model terdahulu turut tampil spesifikasi berkelas andalan.

Kapsyen: Xperia 5 II


Bagi paparan pula, dijangka hadir seperti tahun lalu iaitu skrin dengan nisbah 21:9, 6.1 inci beresolusi 1080x2520 dan kadar penyegaran sekurang-kurangnya 120Hz.

Telefon ini pasti akan menyokong 5G dan bagi kamera, dijangka dilengkapi 3 kamera dimana kamera utama 12MP, sudut lebar dan telefoto.

Untuk Xperia 1 III pula, kami pernah melaporkan sebelum ini yang mana spesifikasinya didedahkan @TheGalox.

Kapsyen: Xperia 1 III


Ia dijangka menjadi sebuah telefon pintar yang khusus untuk multimedia kerana dilengkapi paparan 4K OLED dengan kecerahan ditingkatkan sebanyak 15%.

Spesifikasi seakan Xperia 5 III iaitu tampil seperti telefon berkelas andalan. Dijana Snapdragon 888, 8GB RAM, storan 256GB dan rangkaian 5G.

Kapsyen: Xperia 1 III


Dari segi rekaan, ia akan hadir dengan pengimbas cap jari pada butang sisi dan menggunakan panel kaca bahagian belakang.

Seperti biasa, mungkin dilengkapi tiga kamera tetapi terdapat sumber mengatakan ia dijangka hadir dengan kamera zum periskop.

Dua Xperia III ini berkemungkinan menjadi kenyataan memandangkan tahun lalu Sony melancarkan Xperia 5 II dan Xperia 1 II serentak.

Jika ada yang tertanya dengan harga jualan, kemungkinan dua model ini akan dijual pada harga tidak jauh beza dengan model yang lalu iaitu sekitar ~RM5000.

Sumber: techradar, letsgodigital