Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MULA Tawar Servis Penghantaran Penumpang Dan Bungkusan Barangan

MULA Tawar Servis Penghantaran Penumpang Dan Bungkusan Barangan

Diterbitkan Oktober 15, 2019 · Dikemas kini Oktober 16, 2019 oleh Haikel Areff

MULA merupakan salah satu penyedia e-panggilan (e-hailing) yang menawarkan perkhidmatan mereka dalam negara. Selain menyediakan kemudahan pengangkutan bagi pengguna, ia turut sama melakukan penghantaran bungkusan.

MULA Tawar Servis Penghantaran Penumpang Dan Bungkusan Barangan

Diakses menerusi aplikasi, MULA memberikan servis 24/7 kepada semua penggunanya, tidak kira malam atau siang, di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja tempahan boleh dilakukan.

Buat masa sekarang MULA beroperasi pada beberapa lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Lembah Klang, Seremban, Melaka dan Johor.

Dengan MULA Car, kini anda boleh pergi ke mana-mana dengan rasa selesa kerana mereka akan mengutamakan keselamatan penumpang.

MULA Car juga menawarkan pengangkutan melalui tempahan segera, pra penempahan (sehingga 30 hari lebih awal), perkhidmatan sewa setiap jam untuk 4 jenis kereta, iaitu:

  1. MULA Asas
  2. MULA Premium
  3. MULA 6s (6 tempat duduk)
  4. MULA MPV 10s (10 tempat duduk)

MULA Tawar Servis Penghantaran Penumpang Dan Bungkusan Barangan

Untuk memastikan pengguna wanita berasa lebih selamat dan selesa apabila menggunakan perkhidmatan mereka, syarikat turut memperkenalkan MULA PINK yang mana ia dikendalikan oleh pemandu wanita bagi memberikan pilihan kepada pengguna.

MULA Parcel

Menyediakan khidmat penghantaran bungkusan, dokumen atau apa sahaja barang sehingga 50kg dengan harga yang berpatutan.

MULA Tawar Servis Penghantaran Penumpang Dan Bungkusan Barangan

MULA Parcel dibentuk untuk memudahkan urusan anda setiap hari dengan cara akses yang lebih senang dan merupakan satu perkhidmatan yang boleh dipercayai hanya melalui aplikasi mudah alih mereka. Perkhidmatan ini menyediakan penghantaran permintaan segera ke penerima langsung.

E-dompet Touch ‘n Go

MULA Tawar Servis Penghantaran Penumpang Dan Bungkusan Barangan

Namun kini, anda boleh menempah MULA dengan membuat pembayaran melalui e-dompet Touch ‘n Go sehingga 7 November 2019 dan nikmati potongan harga sehingga RM4 ke mana-mana destinasi untuk dua kali perjalanan apabila anda mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun dan daftar di dalam aplikasi MULA buat kali pertama
  2. Gunakan kod promosi yang boleh didapati pada bahagian “Vouchers” di dalam aplikasi tersebut
  3. Pastikan cara pembayaran adalah menggunakan e-dompet Touch ‘n Go
  4. Promosi ini terhad untuk dua (2) penebusan sahaja bagi setiap pengguna

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari Mula2u.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY