Mudahkan Transaksi Tunai Anda Dengan Vcash

Dompet digital atau e-wallet mungkin sesuatu yang agak baru bagi rakyat Malaysia. Ketika negara China sudah mempunyai sistem pembayaran sedemikian melalui aplikasi seperti WeChat, negara kita juga sudah mempunyai kemudahan sebegitu namun penggunaanya masih lagi tidak meluas.



Memperkenalkan vcash, satu aplikasi dari Digi Telecommunications Sdn. Bhd. yang membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakn kod QR. Perkhidmatan ini berbeza dengan bentuk pembayaran digital yang lain seperti Samsung Pay dan Apple Pay yang menggunakan teknologi NFC. 

 

Vcash berfungsi dengan cara pengguna mengambil gambar kod QR dari penjual dan kemudian memasukkan jumlah yang perlu dibayar dan jumlah tersebut akan terus dimasukkan kedalam akaun penjual itu tadi.



Vcash juga boleh digunakan untuk membayar bil utiliti, membeli tambah nilai dan juga  menghantar wang dari akaun vcash anda ke akaun vcash yang lain.



Vcash ketika ini memberikan peluang kepada pengguna mereka untuk memenangi iPhone X secara percuma. Langkah-langkah dan syarat peyertaan ada di SINI.

Sumber