Muat Turun Secara Berjadual, Fungsi 'Download Later' Akan Hadir Pada Peranti Android

Google kini dilapor sedang membangunkan fungsi "download later" pada pelayar Chrome bagi peranti Android. Ia membolehkan pengguna menetapkan muat turun fail pada masa dan tarikh tertentu.

Ini bermakna, apabila fungsi ini telah tersedia, pengguna tidak lagi perlu bergantung kepada aplikasi download manager yang menawarkan fungsi yang sama.



Pelayar Chrome pada peranti Android akan hadir dengan beberapa pilihan untuk menguruskan muat turun. Terdapat tiga pilihan di bahagian muat turun tersebut iaitu "Now", “On WiFi”, dan “Pick date & time” dengan pilihan menandakan pada "Don't show again" sebagai rujukan.

Memilih “Pick date & time” akan membenarkan pengguna menjadualkan muat turun tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila fungsi ini akan tersedia dalam versi stabil.

Sumber: Techdows