Muat Turun PUBG Percuma Di Xbox One Berikutan Ura-Ura PUBG Ke PS4

Semalam kami ada melaporkan mengenai ura-ura permainan battle royale terkenal, PUBG yang dikatakan akan ke pasaran PlayStation 4(PS4) bulan hadapan. Hari ini muncul pula laporan mengenai tawaran PUBG secara percuma untuk pengguna Xbox.

Ia dilihat sebagai salah satu strategi pemasaran bagi menggalakkan lebih ramai pengguna Xbox bermain permainan berkenaan. Microsoft sebelum ini telah menjanjikan sesuatu yang "besar" buat peminat PUBG dan perkara ini nampaknya adalah antara yang akan ditawarkan.



Bagaimanapun, tawaran ini hanya terhad bermula dari 8 November hingga 11 November sahaja. Sebelum ini, PUBG ditawarkan pada harga $29.99(~RM124.50) di laman Microsoft Store.

Selain PUBG, Microsoft turut menawarkan permainan Pro Evolution Soccer 2019 untuk dimainkan secara percuma pada hujung minggu ini.

p/s: Ketika artikel ini ditulis, tawaran ini dilihat masih lagi belum bermula

 

Sumber: The Verge