Muat Turun Aplikasi Dari Play Store Ke Dalam Telefon Pintar Menggunakan Komputer

Google Play Store banyak menyediakan aplikasi menarik untuk digunakan pengguna Android. Kebiasaannya untuk memuat turun dan memasang aplikasi dari Play Store, pengguna akan melakukannya dari telefon pintar itu sendiri. Pergi Play Store, cari aplikasi dan tekan butang pasang.

Tetapi proses itu boleh dilakukan tanpa telefon pintar berada berdekatan dengan anda. Ambil contoh ibu atau bapa di kampung mahukan aplikasi tertentu, tetapi mereka mungkin kurang berkemahiran. Untuk itu, anda boleh lakukannya melalui komputer. Tetapi pastikan telefon yang mahu dipasang dengan aplikasi itu mempunyai sambungan kepada internet.

Bagaimana? Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu ke laman Google Play Store menggunakan komputer.



Log masuk menggunakan akaun Google peranti (emel google yang digunakan pada telefon pintar) yang mahu dipasang dengan aplikasi. Lihat penjuru kanan laman Google Play Store untuk tambah akaun Google.



Seterusnya cari aplikasi yang ingin dipasang dan setelah itu tekan butang pasang.



Paparan kemudiannya akan menyenaraikan senarai peranti. Pilih peranti yang dimahukan.



Selepas itu proses muat turun serta pemasangan akan berlaku. Mudah bukan?

Berkaitan