Muat Naik Status Facebook Menggunakan Jenis Huruf Yang Unik

Kepada anda yang bosan dengan huruf biasa apabila memuat naik status ataupun stories pada Facebook, berikut kami kongsikan cara mudah untuk menggunakan pelbagai tulisan yang unik dan menarik apabila membuat perkongsian pada Facebook.

Pertama sekali masuk ke laman sesawang http://www.fbfontchanger.com/



Seterusnya pada ruangan berikut, taip status perkongsian yang ingin anda muat naik ke Facebook kemudian klik pada tombol Convert



Maka akan tersenarai pelbagai jenis huruf menarik dan unik yang sudah tersedia bagi status yang anda ingin masukkan ke akaun Facebook.



Pilih jenis tulisan yang anda berkenan, kemudian klik pada tombol Copy pada bahagian sebelah kanan tulisan tersebut.



Akhir sekali, masuk ke bahagian status Facebook anda dan tampalkan ayat yang anda salin sebentar tadi, selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan