Muat Naik Status Berunsur Hasutan, Twitter Padam Ciapan Dan Kunci Akaun Trump Selama 12 Jam

Awal pagi ini, telah berlakunya rusuhan di Capitol yang mengakibatkan proses pengesahan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru ditangguhkan.

Terkini, Twitter pula dilaporkan buat pertama kalinya telah mengunci akaun Donald Trump selama 12 jam selepas memadam tiga ciapan yang mengandungi "pelanggaran yang berulang" terhadap polisi garis panduan Twitter.



Twitter turut menyatakan jika pelanggaran polisi ini berlanjutan, akaun Trump akan digantung secara kekal.

https://twitter.com/TwitterSafety/status/1346970432017031178

Keputusan ini diambil selepas Trump telah memuat naik video di Twitter yang dikatakan boleh menimbulkan risiko keganasan. Trump telah berulang kali menguji polisi rangkaian media sosial, namun menerima layanan istimewa kerana statusnya sebagai Presiden Amerika Syarikat sebelum ini.