Komputer riba berspesifikasi tinggi untuk karya digital dengan fizikal ringan agak sukar untuk dicari. Sehubungan dengan itu, MSI kini telah mengumumkan 4 komputer riba baharu sesuai untuk golongan tersebut yang dijana cip Intel Core Gen-10.

Model tersebut WF65, WF75, WS66, dan WS75 merupakan kemaskini kepada model sebelumnya.

MSI WS75

Diposisikan dalam hierarki tertinggi dalam senarai, WF75 merupakan komputer riba 17.3 inci dengan panel 4K mini-LED HD1000. Ia juga menyokong HDR10 dan hanya 0.8 inci tebal dan berat 2.2kg. Pilihan grafik kad adalah sehingga Nvidia Quadro RTX 5000.

  • Sehingga Intel Gen-10 i9 / Intel Xeon
  • Sehingga Nvidia Quadro RTX 3000
  • 17.3 inci 4K MiniLED / 17.3 inci 4K IPS / 17.3 inci FHD 144Hz
  • RAM sehingga 64GB DDR4 2666MHz
  • Storan 2x M.2 NVMe SSD
  • Bateri 82Wh
  • Dimensi berat 2.2kg, 20mm nipis
  • $2,799

MSI WS66

WS66 merupakan komputer riba 15.6 inci yang hadir dengan ketahanan bateri 9 jam mengikut MSI. Ini adalah kerana ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti besar 99Wh. Untuk pemprosesan, ia dijana cip sehingga Intel Core i7 Gen-10 dan grafik sehingga Nvidia Quadro T2000.

IKLAN
  • Sehingga Intel i7 Gen-10 / Intel Xeon
  • Sehingga Nvidia Quadro RTX 5000
  • 15.6 inci FHD IPS / 15.6 inci 4K IPS
  • RAM sehingga 64GB DDR4 2666MHz
  • Storan 2x M.2 NVMe SSD
  • Bateri 89Wh
  • Dimensi berat 2.1kg, 19.8mm nipis
  • $2,499

MSI WF75

WF75 pula merupakan pilihan lebih ‘mampu milik’ dengan panel 17.3 inci dan grafik sehingga Nvidia Quadro RTX 3000.

  • Sehingga Intel i9 Gen-10
  • Sehingga Nvidia Quadro RTX 3000
  • 17.3 inci FHD IPS 144Hz
  • RAM sehingga 64GB DDR4 2666MHz
  • Storan 1x M.2 NVMe SSD, 1x 2.5″ SATA HDD
  • Bateri 51Wh
  • Dimensi berat 2.2kg, 23.1mm nipis
  • $2,199

MSI WF65

Merupakan varian termurah dalam senarai, spesifikasi WF65 adalah hampir sama dengan WF75 dengan beza ia merupakan komputer riba 15.6 inci. Untuk grafik, ia hadir dengan pilihan sehingga Nvidia Quadro T2000.

  • Sehingga Intel i7 Gen-10
  • Sehingga Nvidia Quadro T2000
  • 15.6 inci FHD IPS
  • RAM sehingga 64GB DDR4 2666MHz
  • Storan 1x M.2 NVMe SSD, 1x 2.5″ SATA HDD
  • Bateri 51Wh
  • Dimensi berat 1.86kg, 21.7mm nipis
  • $1,249

Model-model yang diumumkan ini telah pun dijual di pasaran luar negara. Namun untuk pasaran Malaysia, masih belum kedengaran lagi berita mengenai tarikh dan harga jualannya.