MSI: Semua Papan Induk Siri 400 Menyokong Ryzen 5000

AMD rasmi melancarkan barisan CPU siri Ryzen 5000 khas untuk desktop awal bulan lalu.



Walaupun AMD mengesahkan Ryzen 5000 menyokong kesemua papan induk siri 400, ia terserah kepada pembuat papan induk jenama lain sama ada untuk menyokongnya atau tidak.

AMD juga menyatakan bahawa kemaskini BIOS untuk papan induk siri 400 terpilih akan dilancarkan seawal Januari 2021.

Sehubungan dengan perkara ini, MSI umumkan kesemua papan induk siri 400 mereka akan menerima kemaskini untuk sokongan CPU Ryzen 5000.



Ini termasuk papan induk X470 dan B450, Max dan bukan produk MAX. Mereka akan berikan tarikh kemaskini tersebut pada masa akan datang.

Namun begitu, bagi pengguna yang memiliki papan induk siri 300 termasuk X370, B350 dan A320 tidak akan menerima sokongan kemaskini ini.