MSI Prestige Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen 11 - Prestige 14 Evo Turut Diperkenalkan

Selain MSI Summit, barisan model Prestige juga turut menerima naik taraf cip yang terbaharu Intel Gen-11 Sky Lake.

Ada 3 buah model yang diumumkan dengan cip terbaharu ini iaitu Prestige 14, Prestige 15, dan Prestige 14 Evo.

Prestige 14 Dan Prestige 15


Prestige 14 merupakan komputer riba dengan panel 14 inci manakala Prestige 15 pula 15 inci.

Kapsyen: MSI Prestige 15


Kedua-duanya mempunyai pilihan panel 4K dan Full HD. Untuk pilihan panel 4K, ia dilengkapi dengan piawaian warna 100% Adobe RGB.

RAM adalah sehingga 32GB untuk Prestige 14, manakala Prestige 15 sehingga 64GB. Storan pula adalah berasaskan SSD M.2 PCIe.

Terdapat 2 pilihan kad grafik iaitu antara Nvidia GeForce GTX 1650 Ti Max-Q dan GTX 1650 Max-Q.

Kapsyen: MSI Prestige 14


Antara ciri tambahan lain adalah Thunderbolt 4, pengimbas cap jari, Wi-Fi 6 dan juga ringan bawah 2kg.

Prestige 14 Evo


Prestige 14 Evo merupakan komputer riba dengan kerangkan Prestige 14, namun ia dilengkapi dengan spesifikasi untuk Intel Evo yang memfokuskan kepada reka bentuk nipis dan ringan.

Kapsyen: MSI Prestige 14 Evo


Ia hadir dengan grafik terbina Intel Xe, RAM 16GB dan storan NVMe SSD M.2.

Beratnya hanyalah sekitar 1.29kg dan senipis 15.9mm.

Buat masa ini belum diketahui harga jualan dan juga pasaran untuk komputer riba MSI Prestige ini.

 

 

Berkaitan